Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Kerjaya saya sebagai pengajar hampir 6 tahun. Bermula di UTP kemudian ke INSTEP dan terkini di Heriot Watt Malaysia. Sebelum Heriot Watt kebanyakan kelas saya adalah undergraduate, budak-budak degree. Mereka ni baru habis sekolah dan belum lagi cukup matang untuk mengurus study sendiri. Mereka bukan di alam sekolah lagi. Dan mereka juga belum cukup dewasa.

Mereka lebih mengharapkan lecturer spoon feed mereka. Saya amat memahami perasaan mereka sebab saya dulu pun budak average je dalam kelas. Ponteng juga kelas dan entah kenapa mesti study last minute juga. Jadi kalau student saya ponteng kelas saya hanya anggap ia seperti balasan dosa saya ponteng kelas dahulu. What goes around will come around kan?

Saya ada jumpa balik student saya yang dah 3-4tahun bekerja, rata-rata mereka cakap bila dah masuk kerja baru mereka faham apa yang belajar kat universiti. Dan tak mustahil kini mereka lebih expert daripada saya.

Huruf M cikgu
Huruf M cikgu

Di Heriot Watt pula saya mengajar student Master. Berbanding mengajar budak-budak undergraduate, cabaran mengajar post graduate lebih tinggi. Kalau undergraduate semua bermula pada kosong, dan progress bergantung kepada usaha dan kecerdikan masing-masing.

Di peringkat Master pula, background student ber macam ragam. Ada yang freshwater graduate dan ada yang 30 tahun industrial experience. Mereka ni semua sama bijak tapi pengalaman tak sama. Dinamika kelas berbeza-beza. Cabarannya adalah bagaimana nak memastikan yang fresh graduate tak lost dan  yang experienced tidak mendominasi kelas?

MSc Petroleum Student in action
MSc Petroleum Student in action

Caranya ialah pertamanya saya position kan diri saya  lebih kepada fasilitator daripada lecturer. Dan saya akan mengaku yang saya tak tahu semua benda dan students saya mungkin lebih arif daripada saya. Maka saya galakan yang mana ada pengalaman yang berkaitan untuk share dalam kelas. Dengan ini seluruh kelas termasuk saya sendiri dapat manfaat. Pengalaman ini pula saya kutip untuk manfaat student saya yang akan datang.

Keduanya, biar mereka yang bercakap dalam kelas dengan group assignment. Macam peer teaching la. Jadi mereka pun tak boring dengar saya bercakap dan saya pun boleh belajar daripada mereka.

Di permulaan setiap semester saya tanya apakah objektif mereka datang belajar? Ada yang jawab nak belajar lebih mendalam tentang petroleum engineering. Ada juga yang masih blur apa nak jawab. Ada yang nak kerja oil and gas. Tak kurang juga yang jawab untuk berkhidmat untuk negara (patriotik).

Semua jawapan di atas tidak tepat walaupun tak salah. Objektif kamu datang belajar di sini adalah untuk score A. Yes, kena score A! Kalau nak belajar petroleum Engineering dalam YouTube pun boleh. So awal-awal lagi objective atau goal mesti clear.

So of you want to score A, you must listen to me.

Sekian, wassalam.

Elias Abllah

Assistance Prof

Heriot Watt Malaysia

Cabaran Mengajar Post Graduate Student

5 thoughts on “Cabaran Mengajar Post Graduate Student

  • September 29, 2014 at 11:05 am
    Permalink

    Selamat berkenalan prof…kiranya prof baru dalam nak mula dalam dunia blogging…saya menunggu blogging ilmiah dari prof di masa akan datang…

    Reply
  • September 30, 2014 at 12:58 pm
    Permalink

    Saya pun kadang-kadang selalu ponteng kelas bergantung pada subjeklah. Kalau rasa best saya hadir tapi kalau macam bosan saya ponteng. Student memang selalu buat assignment or study last-last minute. Teringin pula nak sambung belajar Master.

    Reply
  • September 30, 2014 at 11:41 pm
    Permalink

    Ani suka score A . Itulah niat masa belajar kat U. teringat zaman degree dulu 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *