Berada dalam bidang jualan unit trust bukanlah mudah. Kalau jual penapis air, boleh buat demo dan client boleh pegang, lihat dan minum air bertapis. Akan tetapi, unit trust adalah sesuatu yang abstract. Apatah lagi ia berkait dengan duit hasil titik peluh pelabur.

Mutakhir ini, pelabur mempunyai banyak pilihan, unit trust consultant dan syarikat unit trust pun dah banyak. Maklumat pelaburan pula amat mudah diperolehi, tak kiralah sama ada maklumat itu tepat atau tidak.

Berikut saya senaraikan 5 cabaran menjadi unit trust consultant

#1 Peningkatan Kemahiran Diri Sendiri

Oleh kerana entry level menjadi unit trust consultant hanyalah sijil SPM dengan 3 credit sahaja, industri perkhidmatan unit trust berdepan dengan cabaran melahirkan consultant yang cekap dalam memberi khidmat nasihat kewangan.

Pun begitu, kelayakan akademik yang tinggi, tidak menjamin kejayaan seseorang unit trust consultant. Dan pengetahuan yang jitu dalam bidang kewangan tidak akan dapat membantu client jika gagal memahami kehendak dan keperluan client.

Apatah lagi kalau gagal untuk buat call dan jumpa face to face dengan bakal client.

Kita memerlukan unit trust consultant yang bukan sahaja cekap dalam mencari client, tetapi boleh juga memeta rancangan kewangan peribadi client dan dapat mencadangkan alat kewangan yang sesuai, dengan mengambil kira objektif dan jangka masa pelaburan yang ada.

Oleh itu, tidak kiralah apa latarbelakang pendidikan anda, yang penting ialah disiplin untuk sentiasa menambah ilmu dan kemahiran. Bacalah buku, datang training dan jangan segan berjumpa dengan mentor anda. Bayangkan dimana anda akan berada jika dalam sehari ada sahaja ilmu baru yang ada dapat dan amalkan. Pernah saya dengar dimana,

Once you stop learning, your stop growing

#2 Kongsi Ilmu

Ilmu kewangan peribadi tidak diajar di tadika, sekolah dan di universiti. Boleh dikatakan kadar celik huruf kewangan amatlah rendah di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang gagal membezakan antara produk kewangan yang sah dengan skim cepat kaya, atau istilah popular sekarang ini, skim tersontot.

Buta huruf kewangan ini berluas-luasa tidak kira peringkat umur atau latar belakang pendidikan. Tidak kurang yang berjawatan tinggi malahan profesional juga tersontot.

Malah ada juga yang tersontot bukan sekali tapi berkali-kali.

Adalah menjadi tanggungjawab sosial setiap unit trust consultant untuk berkongsi ilmu kewangan agar kadar celik huruf kewangan sejajar dengan kemajuan negara. Bagaimana ingin mencapai matlamat TN50 sebagai negara maju jika rakyatnya tersontot-sontot kewangan.

Dan ini tentunya hanya boleh dicapai jika unit trust consultant sentiasa mencari ilmu disamping mencari sales. Sales tanpa ilmu boleh merugikan orang dan ilmu tanpa sales membataskan kemajuan.

#3 Profesionalisma

Jawatan yang saya sandang sebelum full time dengan Public Mutual ialah Assistance Professor di Heriot Watt University Putrajaya. Saya mengajar dalam subjek Petroleum Economics dan juga Drilling Engineering di peringkat Master.

Anak sulung saya terjumpa business card Heriot Watt dan langsung bertanya, betulkah ayah professor sebelum ini? Saya jawab, bukan professor lagi anakku, tapi assistant professor je. Kemudiannya dengan air muka agak kehairanan bertanya, kenapa ayah tak kerja professor lagi?

Tidak pasti apa sebab sebenarnya dia bertanya demikian.

Agakkan saya, tentunya di sekolah baru di tingkatan satu ada sesi takruf atau memperkenalkan diri. Di sekolahnya itu agak ramai ibu bapa yang ada-ada. Datuk, Datin, Phd, Professor, Lawyer dan seumpamanya.

Bila sampai giliran anak saya memperkenalkan diri, agak sukar untuk dia describe kerja ayahnya. Mak suri rumah dan bapa unit trust consultant. Kawan-kawannya pasti tidak paham apa itu kerja unit trust consultant. Mungkin kalau dia cakap Public Mutual, kawannya akan cakap… Ooo kerja bank.

Kita dulu darjah satu pernah ditanya apa cita-cita bila besar? Rata-rata akan jawab nak jadi cikgu, polis, askar, doktor dan bomba… unit trust consultant memang tiada lah! Malah, saya sangsi anak saya pun akan cakap unit trust consultant sebagai cita-citanya.

Pointnya di sini ialah, imej kerjaya unit trust consultant tidak semegah Doktor, Engineer atau Guru. Bagi saya kerja ini tidak kurang mulia dan pentingnya sepertimana kerjaya lain.

Mungkin stigma masyarakat yang melihat unit trust consultant hanyalah sebagai jurujual. Jurujual daripada meja ke meja dan dari pintu ke pintu.

Oleh itu menjadi cabaran untuk industri unit trust melahirkan generasi baru consultant yang profesional, dihormati dan kerjaya unit trust berada di dalam senarai sebagai antara cita-cita popular di kalangan anak-anak sekolah.

#4 Nak Cepat Kaya

Unit trust consultant berdepan dengan kerenah pelabur yang kebanyakannya ingin gandakan duit dengan cepat sahaja tanpa mengambil risiko yang diambil. Teruja bila untung tetapi terkucil bila rugi 30%.

Ini terjadi kerana pelabur gagal membuat peta pelaburan dan melabur sekadar ikut-ikutan sahaja. Tiada matlamat yang jelas dan tiada penanda aras mengukur sama ada mereka on track atau tersasar daripada matlamat.

Jika ada pun peta pelaburan yang jelas, ramai pula tidak mempunyai disiplin untuk melaksanakan seperti apa yang dirancang. Ada sahaja godaan di sepanjang jalan.

Inilah penyakit kewangan yang penawarnya sukar dicari lantas menjadikannya cabaran terbesar kepada unit trust consultant.

Yang menambahkan lagi sengsara apabila unit trust consultant sendiri pun tidak buat seperti apa yang dicakap. Tidak kurang consultant yang komisennya dihabiskan demi gaya, mutu dan keunggulan. Ingatan ini ditujukan pertamanya kepada diri saya sendirilah.

Pelaburan memerlukan masa untuk ia menunjukkan hasilnya. Kalau bertanam sawit hari ini, adakah tahun depan mula mendapat buahnya? Sementara nak menunggu hasilnya, tidak adakah babi hutan yang merosakan anak-anak sawit?

Begitu juga pelaburan memerlukan masa dan prosesnya sendiri. Disamping itu kita kena memahamkan pelabur untuk kekal bersifat objektif dan bukan emosional dalam pelaburan.

#5 Dimana Nak Cari Investor?

Cabaran ini memang nyata terutama di kalangan unit trust consultant yang baru. Ini kerana pandangan mereka masih terhijab. Bagi seorang profesional, sesiapa sahaja dalam jejari 2 meter (2 meter radius) dari tempat dia berdiri atau duduk adalah prospek.

Kemudiannya mereka masih percaya, orang tu boleh invest orang ni tak boleh invest, seolah-olah mereka tahu berapa duit orang itu ada dalam bank. Mereka tak nampak apa yang perlu nampak dan mereka nampak apa yang tak perlu nampak.

Tukar mindset ini.

Dari satu perspektif lain, pelabur juga bertanya, di mana nak cari unit trust consultant? Sudah tentu sepertimana mencari  resepi tart gulung di google, begitulah juga mereka menggunakan google untuk mencari unit trust consultant. Atau sekurang-kurangnya mencari maklumat sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Begitu juga dengan Facebook. Jumlah likes dan shares tentunya menjadi social proof yang menyebabkan ramai yang berminat atau recommend kita sebagai unit trust consultant.

Oleh itu, jika pelabur mencari anda di alam maya, adakah mereka ketemui anda?

Kesimpulan

Boleh dirumuskan, cabaran di atas berkisar pada faktor diri unit trust consultant itu sendiri. You yourself is the biggest challenge. Oleh itu, cabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Jika anda seorang suami, jadilah suami yang lebih baik. Bapa yang lebih baik. Anak yang lebih baik. Ahli masyarakat yang lebih baik, dan hamba tuhan yang lebih baik.

InsyaAllah perjalanan anda sebagai unit trust consultant juga akan lebih baik.

Wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance

5 Cabaran Jadi Unit Trust Consultant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *