Pada  hari  ini  dalam  tahun  1985 (4 April),  Kempen  Belilah  Barangan  Buatan  Malaysia  telah dilancarkan  oleh  Perdana  Menteri,  YAB  Dato’ Seri  Dr.  Mahathir Mohamad  di Kuala  Lumpur.  Kempen  ini   bertujuan   untuk  menggalakkan  semua  sektor  dan  seluruh  rakyat  Malaysia  supaya  membeli  barangan  buatan  tempatan.

Dalam ucapan perasmiannya Perdana  Menteri menyatakan Kempen ini adalah amat penting kerana kejayaannya akan dapat membantu aspirasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, maju dan ‘resilient’.

Pada tahun 1986, Hyundai mula export kereta ke Amerika dan dicalonkan sebagai Best Product #10 disebabkan harga mampu miliknya. Tidak kedengaran kempen beli barang Korea oleh kerajaannya.

Cepatkan masa ke tahun 2019, di mana Korea Selatan berbanding Malaysia? Boleh lah saya katakan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia gagal mencapai maltlamatnya.

Tengok sahajalah kerajaan negeri yang beli Camry atau Mercedes untuk barisan exconya. Rakyat pula lebih bangga beli Honda atau BMW daripada beli Proton

Berbeza di Korea dan Jepun. Agak sukar cari jenama lain di atas jalan raya di sana. Korea dan Jepun tidak perlu kempen. Mereka buat kereta yang tinggi kualiti.

Buy Muslim First, apa seterusnya?

Hari ini Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First mendapat liputan yang meluas. Bukan dari kerajaan tetapi daripada orang Melayu. Closed group FB sudah melebihi 1 juta yang join.

Mengikut pandangan Perdana Menteri ke-7, kempen ini sia-sia. Pandangan beliau ada meritnya kerana beliau sendiri ada pengalaman gagal dalam kempen beli Barangan Malaysia dari tahun 1985 semasa menjadi PM ke-4.

Tulisan ini haruslah dibaca dari segi isi dan konteknya, bukan untuk merendahkan usaha Buy Muslim First. Atau saya dipandang bantah kempen ini. Atau lebih berat lagi dituduh tali barut kafir.

Apa yang lebih penting?

Saya nak kita semua berfikir, apa perkara yang lebih penting dalam memajukan ekonomi umat Islam sendiri.

Pengajaran daripada kempen Beli Barangan Buatan Malaysia ialah, adalah amat sukar untuk mengubah tabiat manusia dalam hal apa yang mereka suka beli. Penilaian akhir dalam membuat keputusan membeli barang ialah sentiasa ‘dollars and cents’.

Dalam masa pendek, tabiat ini boleh dipengaruhi dengan emosi, tetapi dalam masa panjang manusia akan tetap menunjukkan tabiat asalnya.

Lagipun siapa yang tahu seseorang beli barang bukan Islam hanya disebabkan berbeza RM 2? Lagipun dia boleh ‘justify’ keputusannya dengan alasan tiada pula mufti kata haram beli produk bukan Islam. Alangkan beli rokok pun boleh di ‘justify’ walau Mufti kata haram, ini pula minyak masak.

Muslim Produce First Class First

Muslim Produce First Class First fokus kepada menjadi pengeluar, pemasar dan pengedar yang berkualiti. Kemudian biarkan pembeli membelinya. Ini cara berfikir yang berbeza. Hasilnya akan berbeza.

Produk kualiti kelas pertama tidak perlu untuk dikempenkan. Islam atau bukan Islam pasti membelinya.

Dan pada ketika itu, jika ada kempen Buy Non-Muslim First atau Boycott Muslim, pengeluar Muslim tidak akan gentar.

Sebagai kesimpulan, kempen Buy Muslim First telah meningkatkan kesedaran akan potensi ekonomi di kalangan orang Islam. Ini permulaan yang baik dan seharusnya disambut baik oleh para pengeluar, pemborong dan peruncit Islam untuk menawarkan produk yang setanding dengan produk lain di pasaran.

Sekian.

Elias Abllah

Buy Muslim First Apa Seterusnya?
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *