Tahniah kepada anda yang sudah melepasi tahun pertama sebagai unit trust consultant. Saya ucapkan tahniah jika anda masih aktif.

Masuk tahun kedua, ianya akan bertambah menarik. Usaha anda mesti berganda tetapi keseronokan menjadi unit trust consultant juga berganda. Anda mungkin sudah layak pergi trip melancong percuma ke luar negara kali ini.

Sebenarnya, kerja ini mudah sahaja. Jadilah orang yang amanah, tidak berjanji sesuatu yang tak pasti, boleh diharap, suka membantu, cekap dalam bekerja dan menghormati pelanggan anda untuk menjadikan komisen yang dibayar oleh pelanggan terasa murah bagi mereka.

Semalam pasukan hoki negara berjaya mengutip pingat perak dalam sukan asia. Yang terkilan sedikit, kita sangat hampir dikalungkan pingat emas. Yang memisahkan antara emas dan perak hanya 30 saat akhir dimana Jepun menyamai 6-6 dan kemudiannya Jepun menang melalui penentuan penalti.

Bukan Malaysia tidak bagus tetapi Jepun bermain lebih baik daripada Malaysia untuk 30 saat terakhir. Buat lebih baik sedikit daripada lawan membawa banyak perbezaan.

Dalam Formula 1 pula, buat 1% lebih bagus boleh membawa kelebihan 1 saat yang membezakan juara dan yang paling corot dalam tahta constructor.

Dalam bidang unit trust pula, buat lebih baik 10% daripada orang lain akan membawa anda ke dalam liga juara-juara. Walaupun buat 10% lebih baik, tetapi pendapatan juara boleh lebih 1000% lebih daripada yang lain.

Katakan jumlah pendapatan juara ialah RM 100,000 sebulan manakala purata pendapatan agent biasa ialah RM 1000 sebulan. Maka, pendapatan juara ialah 100 kali ganda daripada agent biasa-biasa.

Buat Lebih Baik Dapat Berlebih-Lebih!

Persoalannya, adakah juara lebih baik 100 kali ganda daripada anda dalam kerja sehariannya? Juara mungkin kerja lebih 4 jam daripada anda, tapi ia tidak menjadikan dia ada 100 jam lebih daripada anda.

Seperti mana anda, juara juga melalui tahun pertama dan percayalah, di tahun pertamalah pendapatan mereka paling rendah. Tetapi pada tahun ke sepuluh, pendapatan sebulan mereka lebih tinggi pendapatan setahun mereka di tahun pertama.

Nak tak gaji sebulan macam gaji setahun? Apa anda nak buat kalau ada pendapatan macam ini?

Saya percaya anda tentu mahu, kalau tidak anda tidak akan survive di tahun pertama. Oleh itu, teruskan usaha dan buat lebih baik setiap hari. Anda boleh selagi anda mahu.

Wassalam.

Elias Abllah

Buat Lebih Baik Dapat Berlebih-Lebih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *