Harga minyak menujah $40 setong (Brent) di pasaran NYMEX US semalam. Antara faktor mendorong kenaikan ini;

#1 Jangkaan Ekonomi China

National People’s Congress mengumumkan ekonomi China akan berkembang pada kadar lebih tinggi pada 6.5% hingga 7% sehingga tahun 2020.

Harga bijih besi memberi respon positif dengan peningkatan sebanyak 30% dalam masa lima hari. Kemudiannya diikuti oleh komoditi lain termasuk minyak.

Peningkatan ekonomi China tentulah diikuti oleh peningkatan puluhan juta kereta baru di jalan raya.

Oleh sebab itu demand tinggi harga naik

#2 OPEC vs Shale

Strategi OPEC mempertahan market share menyebabkan pengeluar minyak syal US menutup telaga minyaknya. Ada yang sudah bungkus.

Kadar penurunan pengeluaran minyak syal lebih pantas daripada telaga minyak biasa. Minyak syal umpama bersin dan minyak biasa umpama selsema.

Ini dipadankan pula dengan tiada telaga baru digali, pengeluaran minyak syal akan menurun dengan pantas.

Oleh itu supply turun, harga naik

#3 Peningkatan minyak Iran tidak seperti dijangkakan

Iran menjanjikan penambahan bekalan minyal sebanyak setengah juta tong minyak sejurus sekatan ekonominya di tarik balik.

Tetapi setelah hampir tiga bulan hanya 350 ribu tong sahaja yang berjaya ditambah. Ini seperti yang saya jangkakan dalam artikel yang lalu.

Sekatan ekonomi betahun-tahun lamanya menyebabkan infranstruktur awam, minyak dan gas tidak diselenggara dengan baik.

Iran memerlukan berbillion dollar untuk memulihkan semula industri minyak dan gasnya. Setakat ini peningkatan export minyak Iran kebanyakannya datang daripada minyak yang sedia terapung di lautan.

Dalam masa kurang setahun, semua stok terapung ini kering.

Oleh itu supply kurang harga naik

#4 Kelemahan US dollar berbanding matawang lain

Kejatuhan dollar antara lain disebabkan kadar Federal Reserve tidak segarang seperti dijangkakan. Ekonomi US tidak berkembang seperti yang diharapkan untuk membolehkan kenaikan kadar Federal Reserve. US akan berisiko kemelesetan ekonomi jika kadar ini dinaikkan terlalu cepat.

Apabila dollar jatuh, pelabur akan membawa keluar pelaburan dalam aset dollar kepada komoditi. Oleh itu minyak, emas dan lain-lainnya akan lebih seksi di mata pelabur.

Umpama janda kembali berhias, saham minyak kembali tinggi.

Implikasi

Orang minyak, ada antara mereka saban hari menghantar anak ke sekolah dan menjemput isteri balik bekerja. Safety boot pula mengumpul habuk.

Minyak pada harga $50 akan menyebabkan hand phone akan berdering kembali memanggil driller masuk kerja.

Apa pendapat tuan dan puan?

 

Brent Menujah $40/bbl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *