Neelofah Ahmad (nama sebenar lain) baru sahaja lapor diri di Miri Sarawak. Dua minggu sebelumnya tidur malamnya tidak lena memikirkan bila surat nasib akan akhirnya keluar.

Tentunya dia tidak boleh banyak merungut walaupun terpaksa berpindah ke tempat baru asalkan masih ada kerja. Setidaknya ada juga wang kiriman untuk ibu bapa di kampung.

Yang lebih menyarik emosi apabila mengenangkan ada kawan sepejabat yang terpaksa menerima VSS. Surat VSS itu tentunya hanya akan difahami oleh anaknya 10 tahun akan datang. Anak belum tanggal tali pusat bapanya terpaksa meninggalkan pejabat dengan bekal sebulan gaji.

Apa Jadi Jika Harga Minyak Kembali Tinggi?

Dalam pada itu harga minyak hari ini sudahpun mencecah USD 45/bbl. Berbanding dua bulan yang lalu harganya di bawah USD 30/bbl.

Peningkatan ini amat mendadak dan kelihatannya akan membina momentum kepada harga minyak yang lebih tinggi.

Ekonomi Arab dan Russia berdarah disebabkan harga minyak yang rendah. Mereka tentunya tidak boleh berterusan dalam keadaan sekarang. Terbaru IMF telah downgrade rating Arab Saudi.

Negara maju pengimport minyak seperti Jepun juga tidak mahu pelaburan dalam tenaga alternatif mengalami kerugian. German dan Spain antara yang melabur besar dalam tenaga solar dan angin.

Di Malaysia tidak kedengaran lagi projek minyak sawit kepada diesel. Entah apa jadi dengan kilang biodiesel sekarang ini. Mungkin lebih untung tukar minyak diesel kepada minyak sawit sekarang.

Setiap detik yang berlalu telaga minyak yang ada sekarang  sentiasa menyusut jumlah pengeluarannya. Tanpa digali telaga minyak yang baru, kita akan dikejutkan dengan kekurangan minyak pula. Telaga minyak bukan seperti telaga air, hari ini korek esok dah memancut keluar.

Ini semuanya menjadi latar belakang kepada future oil shock. Harga pastinya melambung.

Adakah langkah Petronas VSS Pekerja tepat?

Tentunya Petronas sudah menimbang segala aspek sebelum memutuskan untuk menamatkan khidmat sebahagian kecil pekerjanya.

Buat keputusan under uncertainty tidak mudah. Sama ada keputusan tepat atau tidak adalah tidak berapa penting.

Yang lebih penting ialah kepantasan dan kecekapan dalam membuat keputusan. Seperti kata bekas US  Secretary of State, Collin Powell

“Indecision has cost Americans, American business and the American government billions more than a wrong decision”

Shell telah batalkan banyak projek dan buang pekerja hampir setahun lebih awal daripada Petronas.

Mungkin struktur Petronas dan status sebagai National Oil Company menyebabkan proses membuat keputusan menjadi perlahan.

Ibarat kata yang belum diungkap oleh Karam Sigh Walia,

kain di jemuran dibiarkan berhujan tetapi diangkat bila hujan berhenti”

Wassalam

Elias Abllah, Personal Finance

 

Brent at $45 after Oil Worker Bear the Brunt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *