Bagus ramai dah faham bagaimana kerajaan buat hutang baru untuk bayar hutang lama. Selama berhutang kerajaan terpaksa bayar sebahagian hasil negara untuk bayaran coupon (bunga).

Tentulah kerajaan tidak terbeban untuk bayar hutang pokok. Bayaran coupon ini menjadi komponen dalam laporan ekonomi MOF dipanggil bayaran khidmat cukai.

Untuk tahun 2016 dan 2017 bayaran khidmat cukai masing-masiang ialah sebanyak RM 26.5 billion RM 28.9 billion. Pada sudut pandang lain, hutang 1MDB ialah RM 42 billion dan dua tahun bayaran khidmat hutang sudah melebihi jumlah hutang 1MDB.

Pada tahun-tahun yang bagus, tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk buat hutang baru. Asalkan pelabur masih yakin dengan prospek masa depan negara dan kecekapan negara mengutip hutang.

Lagipun kadar coupon atau bunga untuk hutang baru ditentukan antara lain, kekukuhan kewangan negara dan interest rate semasa.

Dalam keadaan US interest rate yang makin meningkat, negara mungkin terpaksa berhutang dengan membayar bunga lebih tinggi untuk hutang baru. Kalau tidak, lebih baik pelabur bagi hutang kepada US daripada Malaysia.

Keadaan akan lebih parah jika kadar coupon adalah lebih tinggi daripada KDNK. Contohnya coupon rate 4%, tapi KDNK hanya 3%.

Risiko yang lebih besar apabila kerajaan tidak berjaya buat hutang baru untuk bayar hutang lama. Pelabur tidak berani ambil risiko bagi hutang kepada kerajaan lagi.

Ini lah yang terjadi di Greece dan Venezuela. Harga yang dibayar oleh rakyat Greece dan Venezuela adalah amat tinggi akibat ketidakcekapan pengurusan kewangan negara.

Greece akhirnya terpaksa berhutang dengan IMF. Nak hutang dengan IMF boleh, tapi kenalah ikut syarat-syaratnya. Antaranya cukai kepada rakyat dan perniagaan yang lebih tinggi.

Oleh itu, beringat dan cermat dalam perbelanjaan negara amatlah penting. Roll over bukanlah automatik macam PIDM. Lagipun agama Islam sudah lama ingatkan mengenai bahaya hutang. Nampaknya ramai pula yang Islam tidak takut dengan hutang.

Wassalam,

Elias Abllah

Bolehkah Kerajaan Roll Over Hutang Selamanya?
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *