Wartawan The Star M Shanmugam menceritakan dia ditanya oleh seorang kakitangan lelaki yang minta pandangan mengenai satu lagi cryptocurrencies yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Lelaki itu teruja dengan Bitcoin yang telah berganda sebanyak 5 kali pada tahun ini sahaja. Ini menimbulkan rasa menyesal tak beli masa harga Bitcoin masih rendah.

Membuak rasa geram dengar kawan-kawan ketawa mengekek sebab tengok chart Bitcoin. Sedangkan kau baru acah-acah nak buat ASB financing.

Apa yang merisaukan Shanmugam, lelaki itu yang tak lama lagi umur 50 tahun bercadang untuk guna wang KWSP yang bakal diterima untuk dilaburkan dalam cryptocurrencies  tersebut.

Ini satu kegilaan atau manias, mental illness marked by periods of great excitement, euphoria, delusions, and overactivity. Tentunya dunia bukan pertama kali menyaksikan kenaikan harga meroket seumpama ini, dan kemudianya menjunam di lautan pacific.

Seperti Sir Issac Newton kata pada musim bunga tahun 1720, “I can calculate the motions of the heavenly bodies, but not the madness of people.” Ya sungguh dia akan kata yang sama andai dia hidup tahun 2017.

Ini selepas dia rugi sebanyak £20,000 dalam pelaburan saham South Sea Company. Sebelumnya beliau dah jual semua saham South Sea Company dengan untung 100% sebanyak £7,000.

Lepas dia jual, saham itu terus berganda, dan oleh kerana ‘Fear of Missing Opportunities’ dia kembali melabur dan akhirnya rugi. Yang bijak pandai lagi bangsawan alangkan tertipu.

Tulipmania

Contoh klasik boom and bust ialah Tulipmania 1636-1637 di Belanda yang mana harga putik bunga tulip naik berkali-kali ganda sebelum menjunam yang mengakibatkan Belanda mengalami krisis ekonomi dan mengambil masa bertahun lamanya untuk kembali pulih

Apa tidaknya, tanah 10 ekar dijual atau dipajak untuk beli putik bunga tulip. Nampak kan betapa gilanya orang Belanda masa tu. Ayam belanda pun tak gila macam tu.

Tapi percayalah, kalau kita duduk zaman tu pun, kita tak akan mampu menahan diri bila lihat jiran jadi kaya raya dalam sekelip mata. Lihat lah graf di bawah.

Walaupun Tulipmania telah lama berlalu, tapi Belanda tetap menjadi negara pengeluar bunga tulip terbesar di dunia hingga sekarang.

Mereka buat untung bukanlah dengan beli bunga tulip dengan tujuan untuk jualnya kembali pada harga lebih tinggi tetapi melalui perusahaan bunga tulip. Seperti mana perusahaan kelapa sawit, getah dan sebagainya.

Sama juga dengan Bitcoin. Bitcoinmanias akan berakhir, tetapi Bitcoin akan terus wujud sebagai medium transaksi dalam talian.

Kesimpulan

Bitcoin tidak ada yang sepertinya sebelum ini yang kita boleh bandingkan naik dan jatuhnya. Tetapi kegilaan dan ketamakan manusia itu tidak pernah berubah.

Lihat lah graf Bitcoin ini.

Kalau anda beli beli Bitcoin setahun lalu, keuntungan anda ialah 775%. Dengan pulangan sebesar ini, USD 10k akan jadi USD 87463. kalau dalam RM, dari RM 42k kepada RM 367k. Wow!

Bagaimanapun untuk kembali ke nilai setahun lalu, hanya memerlukan kejatuhan sebanyak 88.57% sahaja. Naik 775% tapi nak jatuh hanya 88.57% sahaja untuk kembali kepada titik permulaan.

Bila Bitcoinmania akan berakhir, tiada siapa yang tahu. Yang pasti bila Bitcoin jatuh menjunam, ianya bukan lagi masa untuk ketawa dan lelaki yang guna duit KWSP untuk beli cryptocurrencies akan menyesal dua kali.

Elias Abllah, Personal Finance

Bitcoinmania
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *