Cara nak buat duit dengan Bitcoin ialah dengan beli rendah dan jual tinggi. Buy low and sell high. Cara lain ialah dengan mining. Cara jahat ialah dengan scam orang dengan skim sontot Bitcoin.

Tetapi dengan pengenalan Bitcoin Future Market oleh CME Group pada minggu kedua Disember 2018, maka spekulator boleh buat untung apabila harga Bitcoin jatuh.

Di samping Bitcoin akan masuk ke dalam mainstream financial market, kemungkinan ada spekulator yang boleh buat duit dengan kejatuhan Bitcoin juga penting untuk diberi perhatian.

Selama ini, tiada siapa yang berminat atau buat untung kalau harga jatuh, tetapi ia bakal berubah dengan Bitcoin Future Market.

Tujuan utama adanya future market ialah sebagai cara untuk mencari harga yang mengambarkan nilai sebenar sesuatu komoditi atau matawang. Atau dalam bahasa Inggeris price discovery.

Seperti mana minyak, emas, dollar dan euro didagangkan di future market yang mana keseimbangan antara permintaan dan penawaran yang liquid akan menjurus harga yang hampir dengan nilainya.

Bitcoin, emas dan matawang tidak ada aliran tunai (cash flow) yang boleh digunakan untuk menetapkan harga. Tidak seperti saham, bond, hartanah dan telaga minyak yang mempunyai aliran tunai, maka dengannya aliran tunai itu boleh dinilaikan dan menjadi tanda ukur untuk harga dalam urusan jual beli.

Tidak sabar rasanya nak lihat apa reaksi penyenaraian permulaan Bitcoin futures contract pada hari Isnin, 18 Disember 2017.

Disclaimer : Penulis tidak pernah melabur dalam Bitcoin atau memiliki Bitcoin. Artikel ini tidak mencadangkan sama ada anda beli atau jual Bitcoin.

Bitcoin Future Market
Tagged on:     

One thought on “Bitcoin Future Market

  • December 9, 2017 at 6:30 pm
    Permalink

    Ada unit trust bitcoin ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *