Bitcoin memang limited supply, tetapi blockchain technology boleh sahaja melahirkan coin-coin baru tanpa had. Teknologi blockchain adalah asas kepada semua cryptocurrency.

Jangan keliru antara Bitcoin dengan Blockchain. Jadi apa sahaja ciri-ciri Bitcoin boleh sahaja ditiru atau ditingkatkan lagi oleh pengeluaran coin-coin yang baharu. Lebih pantas, lebih senang ataupun lebih islamik mungkin.

Ini boleh memberi saingan kepada Bitcoin dan menyebabkan nilainya menurun.

Dan Bitcoin bukanlah sama dengan emas. Ianya bukanlah gold standard. Menyamakan Bitcoin dengan emas dan memberi gelaran sebagai emas digital adalah tidak tepat.

Emas sememangnya unik lumrahnya. Anda tidak boleh meniru buat emas dan cuba meningkatkan emas tulin menjadi lebih emas. Emas adalah emas. Sehingga kini, emas tiada tandingan seumpamanya.

Bitcoin dan Blockchain Technology
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *