Assalamualaikum,

Antara anda dengan matlamat yang anda ingin capai akan ada alasan, ketakutan dan halangan.

Dalam hal perniagaan unit trust umpamanya, formula kejayaannya amat mudah. Anda hanya perlu bercakap dengan 3 orang prospek setiap hari.

Tetapi akan segera muncul alasan seperti malu, tak kenal orang dan tiada masa. Alasan ini berpunca dari dalam diri kita sendiri. 

Takut pula berpunca daripada kebarangkalian mendapat rejection. Takut kawan tak mahu invest dengan kita atau belum buat keputusan. NO is a scary word.

Manakala halangan adalah faktor luaran yang kita tidak dapat kawal. Contohnya perubahan dalam peraturan pelaburan, kejatuhan harga minyak, kejatuhan pasaran saham dan seumpamanya.

Alasan dan takut gagal adalah daripada dalaman kita manakala halangan-halangan adalah daripada luaran.

Tidak banyak yang kita boleh buat untuk menghilangkan halangan daripada berlaku. Kita hanya perlu deal dengannya. Kalau peraturan berubah kita perlu ikut dan sesuaikan diri dengan cepat.

Pun begitu, faktor luaran ini bukan seorang ejen sahaja yang akan mengalaminya. Semua orang pun kena. Tetapi kenapa ada yang begitu cemerlang manakala ramai yang menggunakan halangan menjadi alasan untuk gagal?

Maka sudah tentu, faktor dalaman atau cara kita berfikir yang membezakannya.

Apa yang berlaku di dunia luar kita adalah reflection kepada apa yang ada dalam minda kita. Apa beza miskin dengan pokai?

Being broke is a temporary but being poor is a state of mind 

Itulah sebabnya seorang yang berminda kaya boleh rugi jutaan ringgit tetapi bangkit kembali lebih pantas dan buat lebih banyak duit untuk kali kedua. Manakala si miskin yang dianugerahkan harta pasti akan menyonglap hartanya sendiri dan kembali miskin kemudiannya.

Begitulah halnya Abdul Rahman Bin Auf, walau meninggalkan hartanya di Mekah, menjadi kaya di Madinah kemudiannya.

Berubah cara fikir akan berubahlah nasib si fakir.

Sekian, wassalam

Elias Abllah, Personal Finance.

Berubah cara fikir akan berubahlah nasib si fakir.
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *