Menurut Financial Planner and Advisor saya, Encik Elias Abllah, seorang peminat tegar nasi belauk:

Pertama, kalau saya menabung sejak kecil, sejak usia 7 tahun untuk mengumpul duit sebanyak RM 100 juta pada umur 60 tahun, setiap bulan saya mesti menabung sebanyak RM 21,875 at an average interest rate of 6% per annum.

Maknanya arwah ayah saya dulu kena bagi duit belanja yang agak banyak iaitu dalam RM 1,094 sehari (assuming 20 school days a month).

Not going to happen lah sebab masa Darjah 1, saya dapat 50 sen sehari (belanja 30 sen, simpan 20 sen). Masuk Darjah 5, saya dapat RM1 seminggu.

Kedua, kalau saya mula menabung pada umur 23 bila saya mula bekerja, maka saya kena simpan RM 61,300 sebulan.

Kalau nak simpan banyak tu, maknanya kena ada gaji mungkin dalam RM 100,000 sebulan. Tolak 30% untuk EPF dan Income Tax, ada dalam RM 70,000 balance. RM 61,300 masuk tabung dan baki RM 8,700 boleh la belanja beli groceries, naik kapcai isi minyak RON95, bayar instalment rumah, etc.

Cuma masalahnya saya kerja dulu starting pay cuma RM 1,900 (Basic RM 1,500 + Housing allowance RM 400). Sungguh mencabar. Kalau buat part time jadi gigolo menjual diri pun belum tentu dapat RM 100,000 sebulan.

Anyway, my Financial planner did tell me some jaw-droppingly interesting:

If you have RM 100 million in the bank, earning just 4% interest annually, you can spend in excess of RM 300,000 (yes, five zeroes) per month, and the money will only be completely diminished in 158 years!

Which means, you can start using it at age 60, and enjoy life dan berinfaq sana-sini until age 218!!! (Yes, I’m using too many exclamation marks.)

Maybe I’m in the wrong profession, making the wrong life goals.

Selamat meneruskan ibadah puasa.

Suhaimy Kamaruddin 

Berapa Lama Duit RM 100 Juta Anda Boleh Habiskan?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *