Saya berpendapat Malaysia bertuah adanya PETRONAS yang menjaga amanah hasil petroleum negara.

Atas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dahulu bertaraf negarawan yang membolehkan generasi hari ini mendapat manfaatnya.img-20161005-wa0007

Tulisan ini terdetik di hati apabila memikirkan betapa banyaknya duit haram rasuah yang dijumpai dirumah pegawai kerajaan di Sabah. Itu baru diamanahkan urus air.

Bayangkan kalau diberi amanah jaga hasil petroleum? Mau beratus orang kena tolong kira duit billion billion!

Ini sudah pun terjadi di Brazil. Duit berbillion dijumpai dalam rumah kakitangan PETROBRAS. Dan juga jangan diulangi sejarah PERTAMINA.

Rasuah umpama barah. Bermula dengan sekumpulan sel, jika tidak dihapuskan maka satu persatu organ badan akan dijangkitinya.

Harapnya generasi baru PETRONAS dapat terus menjaga legasi ini untuk generasi akan datang pula.

Sekian.

Elias Abllah, Personal Finance

Parah Barah Rasuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *