Saya menang Bangkok Indulgence Trip dalam kategori Top Three Recruiter. Trip 2 hari 1 malam ini hadiah daripada Public Mutual, hasil daripada recruit 26 orang agen unit trust tahun lepas.

Trip ini disertai oleh 37 orang termasuk top management daripada Public Mutual. Lagi best bila GAM Kufrawy turut ikut sekali. Dia pun menang top three recruiter category.

Waktu Bangkok sejam lewat daripada KL, sampai sana lebih kurang pukul 3 petang. Hampir setengah jam beratur kat Imegresen kami dibawa dengan bas ke Shangri La Hotel yang terletak sebelah sungai Chao Phraya. Hampir sejam juga lah nak sampai hotel.

Sampai hotel je terus dijamu minum petang. Agak lapar sebab lunch ala kadar sahaja dalam flight sebelum tu. Siap makan, bot dua tingkat river cruise dah sampai, betul-betul sebelah tempat kami makan tu.

Sungai Chao Phraya airnya tidak macam warna teh tarik madu. Bagaimana Bangkok dengan bilangan penduduk lebih 8 juta orang, sungainya tidak pula kuning atau berbau airnya. Terkadang kelihatan ikan melompat di permukaan air.

Best juga naik river cruise. Teringat naik bot penambang yang menghubungkan bandar Pasir Mas dengan daerah Salor sebelum adanya jambatan.

Bezanya ada makan minum sambil dialuni muzik biola daripada speaker bose dengan angin lebih sedikit daripada sepoi-sepoi bahasa.

Setengah jam nak senja baru sampai balik ke hotel dan kami terus check in untuk berehat sebentar sebelum pergi dinner di Red Sky Cafe.

Pemandangan daripada bilik hotel

Saya dengan baju yang sama daripada KL turun nak pergi dinner. Yang wanita pastinya tukar baju sesuai dengan dinner. Itu tak penting, yang penting menu utama makan malam ialah lobster thermidor.

Walaupun saya ketahui akan kegatalan akibat makan lobster (alahan), saya gagahkan juga makan. Ubat anti histamin sudah saya pesan pada Kufrawy minta standby. Mana tahu sesak nafas akibat salur tekak membengkak.

Ternyata selepas dua suap, lidah terasa gatal. Kalau diteruskan juga pasti jadi kebas pula. Kesiankan lobster berbaki separuh badan, saya tawarkan pada Kufrawy di sebelah saya. Ternyata sekali dia juga pantang di offer, langsung dikebasnya termasuk sepit lobster yang saya gigit separuh.

Habis dinner hampir tengah malam. Rasanya nak tidur terus bila dapat katil nanti. Ada yang meneruskan malam di Bangkok dengan pergi pasar malam. Kami berdua kurang berminat memandangkan barang-barang tak jauh beza dengan barang di Rantau Panjang.

Tapi hampir dua pagi la juga baru tidur duk bersembang macam mana nak naikkan group sales. Jangan percaya lah, sembang politik yang lebih sebenarnya.

Hari kedua, selepas sarapan kami ke Health Club untuk mengurut pula. Setelah diundi saya dapat urut kaki. Ada yang dapat urut satu badan. Malangnya, tukang urut lelaki tidak ada. Semuanya tukang urut perempuan. Kalau lelaki pun, risau pula bukan dalam bentuk asal.

Jadi kami dan beberapa rakan lain tak mengurutlah. Nasib ada free wifi, dapatlah layan facebook dan whatsapp.

Selepas bergambar di Health Club kami menuju ke Anantara Siam Hotel untuk makan tengah hari.

Masakannya memang marvelous sungguh. Green curry, siakap kukus, kailan ikan masin, telur dadar dan yellow curry.

Yellow curry yang paling unik dengan dihidangkan dalam buah kelapa muda. Rasanya manis pedas berlemak santan kelapa muda.

Indulgence trip ini diakhiri dengan pulut mangga original. Pulutnya cukup masin dan lemaknya. Mangganya manis dengan tekstur yang cukup seimbang.

Habis makan, terus ke Suvarnabhumi Airport. Alhamdulillah selamat sampai kembali di bumi Malaysia pada malamnya.

Terima kasih kepada Azean Asari untuk visa bujang ke Bangkok. Terima kasih kepada Public Mutual dengan special trip dan treat kali ini. Terima kasih kepada team Saff Associates Agency.

Alhamdulillah.

Elias Abllah, Personal Finance

Bangkok Indulgence Trip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *