Awal tahun 2016 ketika khabar bahawa 1000 kakitangan Petronas akan diberhentikan kerja bertiup kencang di Facebook, saya berjumpa dengan seorang pegawai kanan bank. Ceritanya, dia baru sahaja dijemput Petronas untuk membincangkan apakah  yang bank boleh tawarkan untuk loan consolidation kakitangan Petronas, sekiranya Petronas mengambil keputusan untuk memotong gaji kakitangan.

Daripada perbualan dengan rakan-rakan, nyata sekali jika gaji dipotong maka kebanyakannya akan bernafas di dalam air. Yang lain mungkin di paras hidung.

Jika bank dapat refinance semua hutang-hutang kakitangan dan dipanjangkan tempoh bayaran balik, maka bolehlah bernafas lega sedikit. Walau akhirnya jumlah bayaran bunga/interest/keuntungan bank akan berganda.

Saya yakin pilihan ini masih lagi dibiarkan terbuka.

Apakah kesan kepada keupayaan sara hidup jika gaji dipotong 20%?

Katakan pendapatan keluarga RM 10,000. Untuk keluarga yang hutang sifar, jika gaji dipotong 20%, maka jumlah bersih boleh belanja ialah RM 8000.

Agak mustahil kita kenal kawan yang hutangnya kosong.

Andaikan bayaran hutang rumah, kereta dan personal loan sebanyak 50% daripada pendapatan kasar. Berapakah peratus penurunan pendapatan bersih selepas hutang jika gaji dipotong 20%?

Saya harap anda semua faham soalan di atas. Kalau tak faham sila baca lagi, ataupun tanya lah kawan sebelah.

Menggunakan contoh yang sama, gaji bersih selepas bayar hutang-hutang ialah RM 5000. Ini sebelum gaji dipotong. Jika gaji dipotong 20% makan gaji bersih yang boleh dibelanja tinggal RM 3000 sahaja.

Bermakna penurunan dalam keupayaan berbelanja sebanyak 40% jika gaji dipotong 20%!

adakah-petronas-potong-gaji-2016

Oleh itu lebih baik anda bersedia daripada sekarang dengan mula menyimpan 20% daripada gaji. Hapuskan hutang atau jual sahaja kereta yang mahal dan gantikan dengan yang lebih murah.

Atau daripada sekarang mula mencari jalan menambah pendapatan sampingan lebih 20% daripada pendapatan sekarang. Baiknya, apabila anda pandai mencari 20% pendapatan tambahan, untuk 20% seterusnya akan lebih mudah.

InsyAllah.

Elias Abllah, Personal Finance.

Bahaya Hutang Apabila Gaji Kena Potong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *