Inflasi menyebabkan harga barang naik. Nilai matawang menyusut menyebabkan kuasa beli menurun. Ianya umpama cukai yang tidak nampak.

Bagi peniaga, kenaikan harga boleh memberi keuntungan kepada mereka. Contohnya, apabila harga gula naik, stok gula yang dibeli pada harga lama boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Berbeza dengan mereka yang makan gaji. Katakan gaji tahun lepas ialah RM 3000 dan tahun ini gaji naik kepada RM 3180, kenaikan sebanyak 6%. Kita panggil ini gaji nominal. Kita tahu inflasi purata Malaysia ialah 3%. Mari kita kira berapa kesan ‘cukai’ inflasi.

Gaji Baru Nominal = RM 3180

Inflasi = 3%

Gaji selepas inflasi = RM 3000 ÷ 1.03

= RM 3087.38

Kenaikan gaji selepas inflasi = RM 87.38

Ini bermakna, kenaikan gaji hanyalah 2.9% sahaja selepas ‘dicukai’ oleh inflasi.

Cukai inflasi ini pula bersifat regresif yang mana mereka yang menerima kenaikan gaji rendah yang akan terkena kesan paling tinggi. Malah jika gaji tidak naik langsung atau lebih teruk lagi, gaji dipotong, inflasi betul-betul mencengkam kehidupan.

Maka, gaji mesti naik lebih tinggi lagi daripada kadar inflasi. Lebih tinggi kenaikan gaji lebih rendah kesan ‘cukai’ inflasi.

Dalam dunia hari ini, kebanyakan kenaikan gaji dan bonus diperuntukan kepada kumpulan kecil yang berada di puncak piramid korporat.

Boleh lah disimpulkan 80% kenaikan gaji dibolot oleh 20% pekerja sahaja. Manakala 20% kenaikan gaji dikongsi oleh 80% pekerja.

Ini seterusnya membawa perbincangan ketidakseimbangan kekayaan atau ‘wealth distribution’ bertambah teruk dengan kehadiran inflasi. Yang kaya akan lebih kaya, yang miskin amat sukar untuk keluar daripada gaung kemiskinan.

Justeru itu, inflasi adalah musuh utama negara.

Ini bahagian pertama perbincangan saya mengenai bahaya inflasi. Tidak kira apa pandangan politik anda, inflasi akan menghantui anda.

Dalam bahagian seterusnya, saya akan bincangkan kemungkinan inflasi yang lebih tinggi daripada 3% untuk tahun yang mendatang dan apa pilihan yang kita ada untuk mengatasinya.

Sekian,

Elias Abllah, Personal Finance

Bahaya Harga Barang Naik
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *