Saya nak bawa anda lihat ASB Financing dari sudut pandang ekonomi. Sebelumnya saya bincang apakah risiko tambahan kepada individu yang buat ASB Financing.

Pertama, bagi saya kemudahan pinjaman mestilah disalurkan kepada sektor yang membuka peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negara.

Contohnya, pinjaman kepada sektor SME dan peniaga kecil. Dengan memberi pinjaman kepada sektor utama ini akan menjana ekonomi negara dan juga membuka peluang pekerjaan.

Ataupun pinjaman perumahan dan kenderaan. Dengannya rumah dan kenderaan kita derived economic value.Malah pinjaman peribadi yang digunakan untuk kahwin juga membawa manfaat melalui perkahwinan itu sendiri. Termasuk juga pinjaman kad credit yang menransang consumer demand.

Tetapi saya tidak pasti bagaimana Pinjaman ASB boleh meransang ekonomi.

Cuba bandingkan RM 1 billion yang disalurkan kepada pinjaman ASB dengan RM 1 billion yang disalurkan kepada penanaman semula ladang kelapa sawit.

Berapa banyak peluang pekerjaan yang akan dicipta di ladang dan kilang. Minyak sawitlah yang akan menjadi komoditi utama negara selepas penurunan pengeluaran petroleum negara.

Dan berapa pula jumlah pekerjaan akan dicipta dengan pinjaman pelaburan ASB. Mungkin membuka peluang kepada agent ASB adalah.

Kedua, saya bercakap mengenai opportunity loss. RM 1 billion pergi kepada ASBF, bermakna berkurang RM 1billion tak available untuk sektor lain. Mungkin ASB Financing lahir dalam era cheap credit dan tak banyak viable business option.

Ketiga, dalam era kenaikan interest dan banyak business option yang lagi memerlukan pinjaman, maka ASB Financing haruslah di semak semula.

ASB Financing dan Ekonomi
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *