Setiap hari Isnin, Public Mutual akan hantar email pasal Market Review, laporan ringkas mengenai prestasi saham tempatan dan juga antarabangsa untuk tempoh seminggu yang lepas. Dalam laporan ini juga akan dinyatakan apakah pandangan pengurus dana mengenai faktor yang akan mempengaruhi pasaran saham untuk minggu berikutnya.

Saya rasa ini penting untuk saya sebagai pelabur dan juga sebagai unit trust agent. Sebagai pelabur tentulah saya mahu pastikan portfolio pelaburan saya berada pada posisi yang optimum yang bersesuaian dengan objektif pelaburan saya.

Sebagai unit trust agent pula, saya bertanggunjawab untuk memastikan pelabur saya juga mendapat manfaat yang sama. Apatah lagi saya kini mempunyai sepasukan unit trust agent di bawah bimbingan saya. Agar maklumat dan nasihat yang disampaikan kepada pelabur-pelabur mereka juga konsisten dengan apa yang saya buat.

Jangan pula ketam mengajar anak ketam berjalan lurus.

Maklumat dalam Market Review amat padat. Banyak pula angka-angka dan graf. Dalam banyak-banyak maklumat yang dipamerkan, saya akan memberi tumpuan kepada;

  1. Market P/E ratio
  2. Market Dividend  Yield

Dalam post ini saya akan huraikan P/E ratio. Dividend Yield dalam post akan datang.

Market P/E Ratio

P/E ratio atau Price Earning ratio adalah nisbah harga saham syarikat berbanding pendapatan sesaham. PER pasaran pula berasal daripada permodalan pasaran agregat dibahagikan dengan jumlah keuntungan bersih syarikat-syarikat yang disenaraikan di pasaran yang berkaitan.

“The Price Earnings Ratio (PER) is the ratio of a company’s current share price compared to its earnings per share. The PER of the market is derived from the aggregate market capitalisation divided by the total net profits of the listed companies in the relevant market”

Anda pilih dalam bahasa atau English lagi senang faham. Mungkin juga dua-dua pun tak faham? Untuk yang pro mungkin istilah ini amat mudah dan kacang. Tapi saya fikir lebih baik saya terangkan juga untuk lebih ramai yang boleh faham.

P/E ratio boleh juga dianggap sebagai kayu ukur nilaian semasa pasaran saham, sama ada murah atau mahal secara relatif dengan harga purata sebelumnya.

Kita boleh guna analogi harga rumah berbanding dengan kadar sewa. Kalau rumah harga RM 600,000 dan sewa tahunan ialah RM 12,000, maka P/E ialah

RM 600,000 / RM 12,000 = 50x,

x bermaksud kali. 50x bermaksud harga 50 kali ganda sewa.

Bermakna lagi tinggi nombor ini lagi mahal harga rumah

Contoh nilaian pasaran saham,

prospective P/E ratio of 15.7x versus its 10-year average P/E ratio of 16.4x…”

sumber : Bloomberg

ini bermaksud pasaran saham kini berada di bawah nilai purata 10 tahun. P/E sekarang 15.7x berbanding nilai P/E purata 10 tahun 16.4x

Nilai yang terlalu tinggi daripada nilai purata ada kemungkinan untuk turun. Umpama ada graviti yang menarik ke bawah.

Atau jika nilai terlalu rendah daripada nilai purata, ada kemungkinan harga akan menujah naik seperti bola yang ditekan dalam kolam.

Perhatikan pada 2008 di mana P/E jauh dibawah nilai purata dan kemudian diikuti oleh lonjakan daripada tahun 2009 hingga 2010 dan kemudiannya turun ke paras purata.

Kesimpulan

Daripada sudut pandang lain, P/E yang tinggi mungkin menandakan investor amat positif dengan prospek ekonomi negara. Dan sebaliknya bila prospek ekonomi negara tidak begitu positif.

Dan P/E ratio, seperti mana indikator ekonomi yang lain tidak boleh digunakan secara tunggal untuk menjangka pergerakan ekonomi di masa hadapan. Banyak lagi faktor yang perlu di ambil kira. Belum kira faktor politik lagi.

Umpama blood pressure yang tinggi tidak semestinya anda sakit darah tinggi yang kronik. Blood pressure boleh sahaja naik dengan hanya terlihat wajah pemimpin negara.

Wassalam,

Elias Abllah, Personal Finance

Apakah Makna P/E Ratio
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *