Untuk menjadi champion, unit trust consultant memerlukan sistem sokongan dan budaya agensi yang baik. Antara peranan yang penting adalah Trainer dan Coach.

Tetapi ramai yang tidak jelas apa beza dan siapa yang perlu memainkan peranan sebagai Trainer dan siapa pula sebagai Coach.

Di Public Mutual, kita amat bertuah ada ramai trainer yang berbakat dan berpengalaman. Trainer favourite saya ialah En Saiful Faizal Khalid dan juga Ms Prema.

Public Mutual dah umpama satu universiti, lebih 100 kursus berjalan di seluruh negara setiap bulan. Setiap peringkat daripada sebelum menjadi agent hinggalah dah peringkat GAM pun ada kursus yang ditawarkan.

Anda masuk tahun 1 di sini dan di tahun 5 anda akan menjadi GAM. Anda graduate bukan dengan sehelai sijil sahaja, tetapi dengan  passive income 5 angka setiap bulan.

Trainer

Tanggungjawab trainer ialah untuk mengajar anda perkara-perkara asas dan how to play the game. Anda datang kelas dan trainer akan ajar mengikut learning objective kursus. Pada akhir kelas, ada ilmu baru yang anda akan bawa balik.

Setiap trainer ada bidang pengkhususan masing-masing. Ada yang specialised dalam ilmu pelaburan. Ada yang mahir dalam sales and marketing. Dan ada pula yang mahir ajar anda jadi public speaker yang bagus.

Oleh itu tugas siapa pula untuk meletakkan semua ini di tempatnya untuk melengkapkan jingsaw puzzle anda sebagai champion unit trust consultant?

Coach

Itulah tugas coach. Tugas inilah yang patut digalas oleh upline anda. Mereka sudah melalui jalan menjadi UTC terlebih dahulu.

Jika trainer mengajar anda ilmu closing sales, maka coach anda yang akan tajamkan closing skill anda. Trainer teach you how to play the game, coaches teach you how to perfect the game.

Hubungan anda dengan trainer tamat setelah anda sign out attendance, tetapi hubungan dengan coach berterusan.

Tugas coach ialah untuk membantu anda mencari potensi diri anda sendiri. Kadang-kadang anda ada blindspot yang menyebabkan kemajuan anda terkandas.

Peranan Coach

  1. Fokus kepada kekuatan dan bukan kelemahan
  2. Memudahkan cara
  3. Bring out the best in people
  4. Membuat anda rasa perlu berubah dan hanya anda yang boleh mengubahnya
  5. Menjadi pendengar yang baik.

Dalam satu sesi coaching, coach mungkin tanya satu dua soalan sahaja. Anda yang akan banyak bercakap. Lepas sejam bercakap tanpa henti, akhirnya anda dapat jawapan apa yang anda sendiri perlu buat.

Kekeliruan

Kadang-kadang upline yang keliru sama ada mereka perlu buat training atau coaching? Bagi saya upline kena mainkan peranan sebagai trainer dan juga coach. Cuma pembahagian masa haruslah lebih kepada coaching. 80% masa untuk coaching dan hanya 20% untuk training.

Ini kerana, Public Mutual dah ada begitu banyak kursus-kursus. Kursus nak belajar make up dan pilih baju pun ada.

Tugas upline adalah untuk mengenal pasti apa yang kurang pada unit trust consultant. Contohnya, kalau tak pandai jalan catwalk, upline hantar kelas belajar jalan catwalk. Setelah habis training bolehlah seiring catwalk dengan upline.

Kesimpulan

Dengan mengetahui perbezaan coaching dan training akan membolehan anda mencari siapa untuk menyelesaikan masalah anda.

Jika anda ada masalah, adulah kepada upline anda sebagai coach anda. Coach umpama doktor yang akan diagnosed apa masalah anda. Kemudiannya coach akan berikan cadangan training yang sesuai untuk ada sebagai ubat. Kalau tiada ubatnya di Public Mutual, coach suruh cari ubat di farmasi lain

Ibarat beza antara doktor dan ahli farmasi. Masalah terjadi apabila, pesakit cari farmasi dulu sebelum doktor. Atau lebih teruk, tak sedar diri yang sakit.. malu jumpa doktor dan susah makan ubat.

Sekian.

Elias Abllah, Your Coach

Apakah Beza antara Trainer dan Coach?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *