Anda telah menghadiri kelas asas unit amanah (Unit Trust Basic) dan kelas amalan terbaik pemasaran unit amanah (Best Practice). Kemudiannya buat latihan asas untuk peperiksaan unit amanah dan akhirnya lulus.

Sekarang anda bergelar Unit Trust Consultant. Kemudiannya apa?

Seperti dalam apa jua bidang pekerjaan, kita memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan cara dan rentak kerja. Kita juga belajar melalui pemerhatian.

Artikel ini menerangkan langkah-langkah mudah yang perlu dilakukan dengan berdisiplin. Juga perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan.

1. Pengurusan Masa

Tak kira lah anda sepenuh masa atau bermula part time, pengurusan masa amat penting. Anda tidak perlu lahir dengan bakat menjual semula jadi, asalkan anda buat kerja dengan efficient dan productively.

Begitu ada agen sepenuh masa yang banyak membuang masa dan melakukan aktiviti yang tidak menyumbang kepada peningkatan jualan. Akhirnya masuk kembali kerja tetap dan menganggap kerjaya unit trust bukan untuk mereka.

Siapkan jadual kerja. Dulu anda pernah lakukan di zaman persekolahan. Buat juga sekarang, anda pasti akan nampak begitu banyak peluang masa yang boleh dimanfaatkan.

Siapkan jadual harian anda cantik-cantik dan pamerkan di dinding pejabat mini.

2. Sediakan Mini Office

Kena ada tempat yang tersusun. Paling minimum anda perlu sediakan komputer, 3-in-1 printer, kertas A4, broadband, pad cop jari dan alat-alat tulis. Sediakan ruang di rumah untuk anda bekerja.

Saya kenal seorang tokoh takaful yang bermula dengan coffee table. Coffee table ruang tamu di alih ke satu sudut rumah sebagai office nya. Sekarang beliau memiliki pejabat besar sendiri untuk bisnes takafulnya.

Apapun, besar kecil ofis anda tidak penting. Yang lebih penting cita-cita besar anda. Mulakan di mana sahaja.

3. Sistem Fail (filing system)

Kerja dengan teratur. Organize yourself. Sediakan file untuk mudah anda menyimpan rekod dan mencarinya kembali. Buat fail ikut tajuk. Antaranya

  • Borang-borang
  • Fail client setiap seorang
  • Fail prospek
  • Resit-resit perbelanjaan
  • Bahan-bahan latihan dan rekod kehadiran kursus

4. Tetapkan Matlamat (goal setting)

Apa matlamat anda? What is your ultimate goal in life? Matlamat amat penting untuk memperuntukan masa, tenaga dan wang ringgit dengan berkesan.

Jika anda tidak tahu apa matlamat anda, maka kebarangkaliannya usaha anda tidak fokus. Apabila tidak fokus, sukar untuk mencapai kecemerlangan.

Pecahkan matlamat anda kepada harian, mingguan dan jangka panjang. Matlamat harian adalah benda yang anda harus siapkan hari ini juga. Jangan bertangguh walau kecil mana sekalipun perkara. Dan matlamat harian sudah di tulis pada malam sebelumnya.

Matlamat mingguan pula datangnya daripada pecahan matlamat bulanan. Contohnya, untuk bulan Ogos anda menetapkan matlamat julaan RM 100,000. Maka matlamat mingguan adalah sebanyak RM 25,000.

Pun begitu jangan buat matlamat yang amat susah nak dicapai. Contohnya, sasaran jualan bulanan RM 1,000,000 untuk bulan pertama. Tidak mustahil boleh capai, tetapi anda tentu tidak mahu berasa hampa jika jualan tak sampai pun RM 100,000.

Sebaliknya jika anda menetapkan RM 100,000 dan hanya capai RM 70,000, tentu semangat anda kekal tinggi untuk capai RM 100,000 bulan seterusnya. Kerana dah hampir sangat.

Matlamat jangka panjang berkait dengan apa impian anda? Apa yang anda impikan sebenarnya?

Ia boleh jadi, kereta baru, rumah baru atau membawa ibu dan bapa melancong ke luar negara. Anda mesti tahu dan feel apa impian anda dan bila anda mahu impian itu tertunai. Contohnya, saya mahu melabur dalam hartanah komersil di Kuala Lumpur pada Januari 2018

Pen dan kertas. Ini yang penting, matlamat mestilah ditulis dan dibaca setiap hari. Terutamanya matlamat bulanan dan jangka masa panjang. Kalau tak tulis ianya hanya jadi angan-angan.

5. Pecahkan Dinding

Sebelum jadi agen unit amanah, biasanya anda lancar bersembang pasal kelebihan melabur dalam unit amanah. Tetapi bila sudah jadi agen tetiba lidah jadi kelu untuk mulakan perbualan mengenai pelaburan.

Ini biasa. Seolah-olah anda dinding pemisah di dalam minda

Sebabnya, anda mungkin dibayangi oleh upline anda. Mungkin anda kenal tokoh-tokoh dalam unit amanah yang anda kagum. Dan anda nak jadi seperti mereka. Tiru suara dan gaya mereka umpamanya.

Anda tidak perlu jadi orang lain untuk mula menjual. Menjual amat mudah. Itu sahaja. Budak sekolah rendah dapat menjual lebih baik berbanding budak sekolah menengah atau dewasa. Sebab mereka hanya jadi diri mereka sendiri. Bila dah jadi remaja mula lah nak jadi orang lain pula.

Jadilah diri sendiri dan percaya dengan kebolehan sendiri. Kelemahan yang ada boleh ditampung kemudian dengan latihan dan pengalaman. Yang penting, just do it first.

6. Senarai Nama

Mungkin mental anda belum cukup bersedia, tetapi fizikal anda dapat membantu. Ini latihannya;

  • Senaraikan nama-nama prospek
  • Ingat balik siapa yang anda baru jumpa baru-baru ini
  • Tambahkan nama mereka dalam senarai
  • Buat hingga anda ada 100+ nama

Itu sahaja. Senangkan?

Senarai nama adalah modal dalam kerjaya unit amanah. Lagi panjang senarai nama lagi baik.

7. Buat Temujanji

Masa berikutnya,

  • Buka balik senarai nama
  • Pilih tiga nama untuk telefon
  • Cuba rehearsal sikit apa nak cakap
  • Telefon orang pertama
  • Cross nama yang pertama, tandakan masa temujanji atau follow up kemudian
  • Teruskan di atas untuk nama ke dua dan ketiga

Peluangnya anda akan ada paling kurang satu temujanji. Itu satu kejayaan! Tahniah.

Yang paling penting, jangan cuba closed sale dalam talian. Kita bukan telemarketer. Tujuan telefon adalah untuk buat temujanji. Jumpa face to face. Ini lebih profesional.

8. Minta Bantuan Upline

Minta upline anda untuk turun bersama ketika temujanji. Untuk kali pertama, anda perhatikan bagaimana upline anda melakukan proses jualan hingga borang ditanda tangan. Perhatikan betul-betul dan jangan layan handphone.

Kemudiannya semasa debrief, upline terangkan apa proses-proses ketika menjual. Jualan tidak terjadi dengan begitu sahaja seperti mana belacan juga harus diproses.

Ini akan saya ulaskan dalam artikel akan datang.

Semoga berjaya!

Nota : Bagaimana Untuk Menjadi Agen Public Mutual?

Jika anda 21 tahun dan ke atas, tidak sabar-sabar untuk memulakan kerjaya baru, dan sudah tentu mempunyai keinginan membara untuk keluar dari “makan gaji” sindrom, anda boleh mulakan secara part time dahulu.

Apa yang perlu anda lakukan:

1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan IC
  • Gambar Passport – 4 keping
  • Sijil SPM atau Diploma atau Degree
  • Salinan Buku Akaun Public Bank

2. Hubungi saya Elias di 0127176903 (whatapps sahaja)

Nota:

Anda perlu ada akaun dengan Public Bank. Buka akaun pertama kali perlu RM250. ATM card akan diberikan on the spot.

Anda boleh keluarkan semula RM 240 selepas 6 jam. Boleh guna untuk daftar exam pula. Yuran exam RM265.

Saya seterusnya akan membantu anda untuk mendapatkan tarikh peperiksaan. Tutorial akan diberikan berdasarkan soalan tahun-tahun yang lalu.

Anda juga dikehendaki menjalani dua kursus. Setiap kursus mengambil masa selama 8 jam.

Kemudian anda akan masuk peperiksaan selama dua jam. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan secara rasmi menjadi Perunding Unit Amanah berlesen, di bawah FIMM dan Public Mutual. Lesen besar untuk mempromosikan unit trust Public Mutual.

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

agen unit trust kuala lumpur

Apa Newbie Unit Trust Consultant Perlu Buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *