Pada satu masa, katakan pelaburan anda dalam unit trust sudah untung 10%, kemudian ejen anda memberi cadangan supaya jual dan ‘lock’ keuntungan. Apakah anda perlu dengar cadangan itu? Pilihan anda ialah, ikut nasihat ejen atau ‘do nothing’.

Contohnya, pelaburan RM 100,000 yang sudah menjadi RM 110,000, jika dijual anda sudah lock keuntungan RM 10,000. Nampaknya tiada salah dan dosanya mengambil keuntungan. Lagipun ini duit anda. Kelihatan ejen anda sudah buat kerja dengan baik. Kemudiannya apa selepas itu?

RM 110,000 yang ada ada ditangan itu perlu jelas untuk apa ia akan digunakan. Adakah untuk dilaburkan kembali atau digunakan untuk beli apa yang anda hajatkan.

Jika anda gunakan sebagai deposit beli rumah RM 1 juta, saya tidak ada apa yang nak dikatakan. Atau anda gunakan untuk beli Honda Civic pun, saya tidak kisah.

Tetapi jika digunakan untuk dilaburkan kembali kemudiannya, saya tidak faham kenapa anda perlu  menjual pelaburan anda pada mulanya?

Ini kerana, setiap kali anda nak melabur kembali, anda akan dikenakan caj jualan (service charge) 5.5% untuk cash investment dan 3% untuk pelaburan skim ahli KWSP. Dikenakan caj berkali-kali tentulah menjadi kos tambahan kepada pelaburan anda.

Risiko Tambahan

Mungkin ejen anda betul. Jual sekarang dengan harapan untuk melabur kembali apabila harga seunit akan jatuh. Jika ‘timing’ ejen anda betul, maka memilih untuk dengar nasihat ejen adalah positif.

Namun, perkataan ‘harapan’ itu bermakna ketidaktentuan atau ‘uncertainty’. Tak tentu harga akan jatuh sejurus anda jual pelaburan anda.

Mungkin juga, setelah naik 10%, harga unit trust naik lagi 10%, menyebabkan anda rugi terlepas peluang. Ketika ini pilihan ‘do nothing’ lebih baik.

Bagi saya, anda tidak perlu meletakkan diri anda dalam ketidaktentuan ini. Ini adalah risiko dan kos tambahan yang anda ambil dengan harapan untuk ‘outsmart’ orang lain.

Kesimpulannya, lebih baik anda stay dalam pelaburan anda. Lagipun 10% bukanlah banyak sangat untungnya. Lain la dah jadi 300%.

Elias Abllah, Personal Finance.

Apa nak buat kalau Unit Trust anda dah untung 10%?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *