Zone Eropah dan Jepun menggunakan negative interest untuk mengelakkan deflation. Dengan kata lain cuba untuk induce higher inflation. Di Malaysia kita belum pernah rasa negative interest.

Artikel ini cuba menjelaskan mekanisma negatif interest dan bagaimana ianya memberi kesan kepada negara kita.

Kita faham kalau interest 3% bermaksud, daripada RM 10,000 dalam simpanan tetap di bank RM 300 adalah interest.

Tetapi jika interest -1% adakah kita pula akan bayar bank sebanyak 1% daripada simpanan?

Bukan begitu.

Negative interest adalah kadar yang dikenakan oleh simpanan bank-bank dengan bank pusat. Maksudnya bank of the banks. Contohnya, Maybank, CIMB, RHB, Public Bank dan Bank Islam menyimpan wang mereka dengan Bank Negara.

Di Jepun ada Bank of Japan (BOJ) dan Euro ada European Cetral Bank (ECB).

Mengapa negative interest?

Duit yang ada dalam simpanan BOJ dan ECB perlu ada untuk menjamin kestabilan sistem perbankan. Tetapi jika terlalu banyak duit yang terkumpul di bank pusat akan mengurangkan duit yang masuk ke sistem ekonomi.

Duit dalam simpanan bank pusat tidak akan menghasilkan kilang-kilang atau ladang-ladang yang membuka peluang pekerjaan.

Duduk diam dalam bank pusat dan tunggu keuntungan interest sahaja. (riba)

Maka, negative interest seumpama penalti kepada bank-bank komersil yang dikenakan oleh bank pusat. Supaya lebih banyak duit untuk pelaburan di luar.

Simpanan orang awam masih lagi positif walaupun amat rendah. Kadar interest yang rendah ini untuk tidak menggalakkan orang menyimpan dalam bank. Kalau boleh belanja semua atau laburkan.

Tujuannnya ialah untuk mengelakkan daripada deflation di Euro dan keluar daripada deflation di Jepun.

Apa Kaitan Dengan Kita?

Malaysia negara perdagangan. Minyak sawit dan Petroleum antara barang dagangan utama. Euro dan Jepun antara blok ekonomi yang banyak menerima eksport kita.

Jika Euro boleh elakkan deflation dan Jepun kembali pulih, maka permintaan barang dagangan kita juga akan meningkat. Harga komoditi akan pulih dan ini amat penting kepada ramai rakyat Malaysia.

Sekian, Wassalam.

Elias Abllah, Personal Finance.

Apa Maksud Negative Interest?
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *