Oleh Fitri Hassan.Fitri Hasan

Ada orang yang tanya, apa guna dok bertanding Sukan Sea, Asia, Komanwel, Olimpik, etc? Abihkan duit, abihkan masa je katanya. Ada yang beranggapan, masuk acara sukan ni rakyat yang ramai tak dapat manfaat pun, atlet je yang dapat penghargaan.

Bagi sesetengah negara, Olimpik lebih dari sekadar acara sukan. Atlet-atlet mereka bukan hanya bawa misi peribadi nak pungut pingat, nak pecah rekod. Tapi mereka ditanam mindset bahawa mereka ejen pembangunan negara.

Track record negara yang menang Olimpik, nama sama ja. Olimpik London 2012, USA mendapat tempat pertama diikuti China dan Rusia. Malaysia no. 58.

Pada tahun 2008, Olimpik Beijing menyaksikan China menjadi Juara di tempat sendiri, diikuti USA, Rusia, Britain dan Jerman. Malaysia no. 70.

Sewaktu Olimpik Athens 2004, USA menang Olimpik diikuti China, Rusia, Australia dan Jerman.

Negara-negara ni sehabis boleh akan cuba jadi juara dan membuat pungutan pingat paling banyak. Bagi mereka, pungutan pingat bukan hanya sekadar nombor. Pungutan pingat adalah sebagai benchmark kekuatan, kemajuan teknologi, lambang kesungguhan manusia di sesuatu tempat dan sebagai menunjukkan negara yang digeruni di dunia. Pungutan pingat melambangkan maruah yang dipikul sebagai negara terhebat di dunia. Pungutan pingat juga melambangkan kemakmuran dan keamanan yang dikecapi oleh rakyat sesebuah negara.

Atlet yang berjaya mendapat pingat akan diberikan ganjaran yang lumayan. Ada negara yang melabur ratusan ribu dollar hanya untuk ganjaran seorang atlet. Ini disebabkan bagi mereka Olimpik adalah medan persaingan prospek ekonomi yang bernilai tinggi. Menang Olimpik bermaksud memenangi hati pelabur2 dari seluruh dunia yang memerhatikan. Menang Olimpik bermaksud berjaya menarik duit masuk ke dalam negara.

Hari ni hari terakhir Sukan Olimpik Rio 2016. Rakyat Malaysia ramai yang memandang ke arah sukan popular yang kita mudah dapat pingat, badminton. Tapi sebenarnya ada 10 acara kesemuanya yang Malaysia join. Mungkin ramai yang tak tahu pun apa acara yang Malaysia bertanding. Kita mungkin kenal Azizulhasni, Dato Lee Chong Wei, Fatehah Mustapha.

Tapi kalau sebut nama Nauraj Singh, Michelle Koh, Haziq Kamaruddin, Nur Dhabitah, mungkin ramai yang tak pernah dengar pun. Mereka juga wira-wira negara. Setakat ni Malaysia ada 4 Perak dan 1 Gangsa. Untuk menang keseluruhan mungkin kita masih jauh. Tapi untuk kekalkan maruah, Malaysia have done well!

olimpik malaysia kenapa mesti menang pingat

Apa Guna Bertanding Olimpik?
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *