Pakatan Harapan menawarkan 20% Royalti Petroleum kepada Sarawak dan Sabah dalam manifesto Pilihanraya ke 14. Ringkasan ini bertujuan untuk mencabar manifesto ini.

Pertamanya, apakah tujuan tawaran ini atau ‘solution’ untuk masalah apa? Adakah sudah dikaji baik buruk tawaran ini.

Bagi saya, masalah utama negeri-negeri pengeluar minyak di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan ialah ketidakseimbangan pembangunan. Ringkasnya, kelebihan sebagai negeri pengeluar minyak tidak dirasai sepenuhnya oleh rakyat bawahan.

Di peringkat Nasional pula, puluhan tahun menjadi negara pengeluar minyak, tidak jelas di mana kekayaan ini disimpan sedikit untuk generasi anak cucuk kita.

Tidak seperti Norway yang mempunyai simpanan hasil petroleum yang melebihi semua duit yang ada di KWSP.

Pelabur Lari

Peningkatan royalti kepada 20% hanya akan menyebabkan operator minyak antarabangsa seperti Shell dan Exxon tidak berminat dengan explorasi minyak di Malaysia. Malah, Petronas sendiri pun tidak berminat cari minyak di Malaysia.

Lebih baik gunakan keuntungan yang ada cari minyak di Negara lain yang lebih mesra atau rendah royaltinya.

Tanpa pelaburan baru, pengeluaran minyak negara tidak akan mampu memenuhi permintaan minyak dalam negara. Bermakna kita perlu import minyak daripada luar. Juga bermakna, royalti 20% pun tak dapat.

Tak guna ada syarat royalti 20% tapi tiada pengeluaran minyak, betul?

Dalam keadaan pengeluaran minyak negara yang semakin menyusut, ini tentu akan menjejaskan pengeluaran minyak di masa hadapan. Ini kerana setiap tong minyak yang dikeluarkan dari perut bumu harus diganti dengan penemuan baru minyak hasil daripada explorasi.

Ini terjadi kepada Indonesia walaupun mereka negara anggota OPEC.

Kesannya, Ringgit akan mengalir ke luar negara dan akan memberikan tekanan fiskal kepada negara.

Fokus Kepada Masalah Sebenar

Saya lebih suka kalau kita fokus kepada bagaimana untuk meningkatkan ketelusan pengurusan hasil minyak negara. Kita lebih berminat nak tahu, bagaimana kita boleh jadikan Norway sebagai model dalam pengurusan kekayaan petroleum ini.

Bagaimana royalti yang sedia ada ini diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan negeri pengeluar minyak? Bukannya seperti buat bas boleh jadi bot.

Saya risau, takut-takut kalau royalti diberi 20%, akan ada bot pula jadi bas.

Oleh itu, minta semak kembali tawaran ini dan fokus kepada masalah sebenar.

wassalam,

Elias Abllah, Personal Finance

Adakah Royalti Minyak 20% Bagus?
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *