Assalamualaikum,

Ramai kenalan dan bekas pelajar saya yang di tawarkan VSS atau di berhentikan kerja. Mereka dalam industri minyak dan gas.

Pekerja dalam sektor ini dulunya penyumbang besar kepada cukai pendapatan. Tetapi kini bila harga minyak rendah mereka perlu survive sendiri tanpa perhatian serius daripada kerajaan.

Saya tertanya-tanya, berapa peratus  daripada jumlah tenaga kerja Malaysia yang secara langsung terlibat dalam minyak dan gas?

Kakitangan Petronas berjumlah 50 ribu. Katakan Shell, Exxon, Schlumberger, Haliburton dan lain-lain sebanyak 100 ribu.

Anggarkan jumlah tenaga kerja Malaysia ialah 15 juta, maka hanya 1% mewakili industri minyak dan gas.

Ini belum kita pecahkan lagi kepada upstream dan downstream minyak dan gas. Jika kita hanya mengambil kira sektor upstream sahaja maka peratusannya amat kecil.

Kos Pengeluaran Rendah

Walaupun hanya 1 % tenaga kerja Malaysia terlibat dalam pengeluaran minyak dan gas, tetapi 100% penduduk Malaysia mengunakan minyak. Sama ada dalam sektor pengangkutan, pengilangan, makanan dan pertanian umpamanya.

Maka secara logiknya harga minyak yang rendah akan mengurangkan kos pengeluaran seterusnya menambah keuntungan kepada sektor bukan minyak dan gas.

Katakanlah minyak dan gas ini umpama sebuah Kerajaan (Oil Kingdom). Kerajaan mendapat pendapatan daripada cukai. Sebagai balasan kerajaan menyediakan kemudahan kepada rakyatnya.

Maka jika harga minyak mahal daripada yang sepatutnya maka pendapatan Oil Kingdom menjadi mewah kerana rakyat dicukai melalui harga minyak yang tinggi.

Faktor utama Oil Kindom bukanlah hasil daripada kecekapan pengurusan dan kebijaksanaan juruteranya, tetapi hanya disebabkan harga minyak yang tinggi.

Buktinya, bila harga minyak rendah kini, kecekapan pengurusan dan otak yang bijak masih kekal sama tetapi keuntungan syarikat merudum turun.

Maka kekayaan dan gaji yang tinggi dalam sektor minyak dan gas ini umpama cukai yang dibayar oleh pengguna melalui stesen minyak.

Oleh sebab itu bila harga minyak rendah maka kekayaan ini dipindahkan daripada pengeluar minyak dan gas kepada pengguna minyak dan gas.

Kecekapan Ekonomi

Historical estimates suggest that a 30 percent oil price decline (as expected, on an annual average basis, between
2014 and 2015) driven by a supply shock would be associated with an increase in world GDP of about 0.5
percent in the medium-term (World Bank, 2013; IMF, 2014; OECD, 2014).

Atau 60% peratus kejatuhan harga minyak akan menyumbang kenaikan 1% KDNK global. Sebahagian besar belanjawan negara sebelum ini digunakan untuk subsidi minyak. Sumber negara digunakan untuk bidang yang tidak mengalakkan kecekapan.

Kini dengan harga minyak yang rendah tiada subsidi dan sumber negara boleh disalurkan kepada sektor yang menyumbang kenpada kecekapan.

Kita belum lagi merasai kesan positif ini kerana kita masih dalam proses peralihan. Ekonomi akan menyesuaikan dengan keadaan semasa dan ini perlukan sedikit masa.

Contohnya, pekerja-pekerja minyak dan gas perlu masa untuk menceburi sektor ekonomi baru. Pelabur pula mengalihkan modal daripada minyak dan gas kepada sektor pengeluaran dan perkhidmatan umpamanya.

 

Kesimpulan

Apa pun tidak ada yang kekal. Harga minyak tidak selamanya kekal tinggi. Akan terdapat tiga golongan kesan daripada harga minyak yang rendah.

Pertama, lebih teruk setelah harga minyak turun (fragile)

Kedua, sama setelah harga minyak turun (robust)

Ketiga, lebih baik daripada harga minyak mahal (antifragile)

Pilihan di tangan anda

Wassalam

Adakah kejatuhan harga minyak membawa kebaikan atau keburukan?
Tagged on:                         

2 thoughts on “Adakah kejatuhan harga minyak membawa kebaikan atau keburukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *