Tahukah anda hanya ada beberapa projek sahaja HSR di seluruh dunia yang untung manakala banyak yang tak untung? Melainkan semua HSR menggunakan teknologi dari Wakanda yang menggunakan vibranium.

Secara seriusnya, tujuan Kerajaan BN membina HSR KL-Singapura ialah untuk menjadikan Malaysia bangsa berpendapatan tinggi. Bagaimana HSR menjadikan Malaysia begitu, saya kurang pasti.

Sasaran pengguna utama kepada perkhidmatan HSR ialah terdiri daripada ‘business traveller’ dan bukanlah sangat kepada pelancong. Tentu sekali bukan kebanyakan rakyat Malaysia yang hidup di luar Kuala Lumpur.

Kali ini saya menulis menggunakan tahap-tahap pengukuran untuk menentukan sama ada kita perlu HSR atau tidak. Saya merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh International Transport Forum (ITF) yang bertajuk Economics of Investment in High Speed Rail (2014).

ITF dianggotai oleh 54 buah negara yang berperanan sebagai Think Tank membentuk polisi pengangkutan global.

#1 Adakah HSR mampu buat keuntungannya sepadan dengan pelaburannya?

RM 110 billion diperuntukan untuk HSR mesti memberi pulangan Internal Rate of Return paling minimum 10% seperti mana projek komersil lain seperti oil and gas.

Kalau tak mampu beri pulangan 10%, lebih baik dilaburkan dalam penerokaan minyak baru yang lebih menguntungkan.

Namun hanya beberapa projek HSR sedia ada di seluruh dunia yang boleh melepasi tahap ini. Hanya Tokyo-Osaka dan Paris-Lyon yang terkecuali dengan masing-masing membawa 80 juta dan 20 juta penumpang setahun.

Tambahan pula hanya satu daripada empat HSR terbaru di China yang mampu cover financial cost. Itu pun dengan jumlah penumpang 20 juta setahun.

Bagaimana pula dengan jumlah penumpang HSR KL-Singapore?

Katakan hanya 30% daripada 4 juta penumpang kapal terbang KL-Singapore memilih HSR, menjadikan jumlahnya hanya 1.2 juta. Selebihnya daripada pengangkutan darat dan rel yang amat kecil jumlahnya. Katakan pengguna baru ialah 1 juta dan ini menjadikan jumlah penumpang hanyalah 2.2 juta orang setahun.

Jadi, apakah yang membuatkan kerajaan sebelumnya boleh berfikir HSR ini boleh mengatasi HSR di China atau jauh sekali di HSR di Jepun dengan hanya 2.2 juta penumpang setahun?

Melainkan tambang dinaikkan berkali ganda yang mana akhirnya rakyat biasa dan penumpang memilih penerbangan udara yang lebih murah.

Jika masih dibuat juga, akhirnya HSR perlu diberi subsidi yang menjadi beban tambahan kepada kerajaan dan subsidi diberikan kepada golongan yang tidak sepatutnya.

#2 Adakah HSR memberi Keuntungan Sosial ?

Keuntungan sosial adalah satu ukuran kualitatif, bermaksud adakah taraf sosio-ekonomi setempat menjadi lebih baik dengan adanya HSR.

Kajian oleh Gine de Rus dan Chirs Nash et.al, menyasarkan 9 juta penumpang setahun sebagai tanda aras memberi keuntungan sosial.

Nampaknya HSR KL-Singapore masih jauh untuk melepasi sasaran ini.

Saya ragu bagaimana dengan HSR boleh menambah pelancong baru ke Melaka atau Muar. Yang mungkin ada ialah pelancong yang dulunya datang berkereta sekarang datang dengan HSR.

Ini kemungkinan yang amat rendah kerana yang banyak guna HSR adalah atas urusan rasmi atau perniagaan secara solo.

#3 Adakah Keuntungan HSR adalah atas kerugian pengangkutan lain ?

HSR akan menjadi pesaing kepada pengangkutan udara seperti Air Asia dan MAS. Kalau untung komersil dan sosial dijana atas kerugian bisnes lain, maka ia tidak memberi economic senses untuk diteruskan juga.

Malah ia akan menyebabkan negara menghabiskan duit untuk melatih semula pekerja dari sektor udara kepada sektor rel.

Pilihan Untuk Malaysia

Pada persimpangan ini, kita boleh memilih sama ada meneruskan projek HSR ini atau membatalkannya dengan membayar pampasan RM 500 juta.

Keputusan harus dibuat dengan membina model ekonomi yang mengambil kira jumlah penumpang, kos pembinaan dan kos operasi.

Risiko lain juga perlu diambil kira seperti, kadar tukaran asing, project delay dan peningkatan kos pembinaan dan operasi.

Setelah semua data ini diambil kiri, model ekonomi akan memberi angka IRR sama ada lebih 10% atau tidak. Jika nombornya rendah atau negatif, lebih baik dibatalkan sahaja dengan membayar pampasan.

Saya percaya Prof Jomo, Tan Sri Zeti dan Tan Sri Hassan Merican amat arif menilai semua ini dan memberikan nasihat yang betul kepada kerajaan hari ini.

Yang lain serahkan kepada Allah yang lebih mengetahui.

Wassalam

Elias Abllah

Adakah HSR Tidak Menguntungkan Negara?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *