Baca hingga akhir untuk mengetahui apa makna singa dan kuda belang ini dan kaitannya dengan kerajaan.

kita mesti lebih pantas daripada inflasi

Semetara itu.

Minggu lepas ada cerita P Ramlee, Bujang Lapok. Filem ini diterbitkan pada tahun 1957. Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok masing-masing diterbitkan pada 1959 dan 1961.

Saya tertarik dalam pada babak beli ayam di awal-awal cerita. Setelah habis kerja mereka bertiga ingin pergi makan tetapi Ramlee sudah boring makan luar, jadi mereka bertiga nak masak sendiri kali ini.

Mula-mula mereka pergi beli ayam.

unit trust amanah pelaburan untuk mengatasi inflasi
Bujang Lapok 1957

Dalam cerita ini ayam kampung dibeli daripada tauke cina pada harga tiga ringgit untuk ayam seberat 2 kati. Kalau ditukar kepada kilogram, harga ayam pada tahun 1957 ialah RM 2.50/kg.

Sekarang, daripada survey internet yang saya buat, harga ayam kampung hidup 2015 ialah RM 14/kg. Sakali pandang harga ayam kampung telah naik hampir enam kali ganda

Harga-harga di atas adalah berdasarkan harga nominal atau money of the day (MOD) yang tidak mengambil kira faktor inflasi.

Kesan Inflasi

Jika  inflasi pada kadar 3% setahun, berapakah harga ayam kampung pada tahun 2015?

Secara matematiknya;

RM 2.5 x (1.03)^58 = RM 13.88

Bandingkan harga ayam kampung sekarang RM 14/kg, maka harga ayam kampung apabila inflasi diambil kira adalah tidak berubah.

Satu cara lagi untuk faham, jika Bujang Lapok tak jadi beli ayam kampung dan duit RM 3 disimpan dalam bank pada kadar 3% setahun.

Setelah 58 tahun iaitu pada tahun 2015, balance dalam akaun bank cukup-cukup untuk beli seekor ayam kampung, sama seperti tahun 1957.

Itu kalau Bujang Lapok simpan duit dalam bank. Kalau simpan bawah bantal, bolehkah beli seekor ayam RM 3?

Ini menunjukkan kita mesti melabur dengan pulangan lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Apa kata kalau Bujang Lapok melabur pada saham amanah pada kadar 8% setahun? Berapa ekor ayam kampung yang boleh dibeli setelah 58 tahun

RM3 x(1.08)^58 = RM 260, dan jika ayam seekor 1.2kg, maka dengan RM 260 Bujang Lapok boleh beli 15 ekor ayam kampung pada tahun 2015.

Faktor alternatif dan kecekapan pengeluaran

Pada tahun 1957, saya andaikan tiada lagi industri peternakan ayam pedaging seperti yang kita ada sekarang. Maka pada masa itu tiada alternatif kepada ayam kampung.

Kini kebanyakan kita lebih senang membeli ayam biasa di pasar-pasar. Boleh lah kita panggil ayam bandar. Ayam ini jauh lebih murah berbanding dengan ayam kampung. Harganya RM 5-6/kg yang sudah siap diproses.

Ayam kampung lebih sedap daripada ayam bandar, tetapi daripada segi kandungan protien tidak banyak berbeza.

Maka ayam bandar menjadi sumber protein alternatif dan menjadi kebiasaan kita membeli ayam bandar berbanding ayam kampung.

Oleh itu ayam secara amnya adalah lebih murah daripada tahun 1957 jika kita mengambil kira faktor inflasi.

Ini adalah disebabkan kecekapan pengeluaran ayam kini lebih tinggi berbanding cara lama. Malah Malaysia menjadi pengeksport ayam. Pengeluaran ayam di dalam negara melebihi permintaan dalam negara.

Manakala cara kita bela ayam kampung tidak banyak berbeza dengan tahun 1957. Itulah sebabnya harga ayam kampung kekal sama setelah faktor inflasi diambil kira.

Bidang-bidang lain yang telah meningkat kecekapan pengeluarannya ialah antaranya, tekstil, barangan elektronik dan telefon bimbit.

Itulah sebabnya mengapa harga kain dan telefon bimbit semakin murah.

Kecekapan Sektor Perkhidmatan Kekal Sama.

Sektor perkhidmatan seperti tukang gunting, tukang jahit, Doktor, Peguam, Jurujual dan seumpamanya tidak meningkat kadar kecekapannya daripada dulu sampai sekarang

Contohnya, doktor walau cekap macam mana sekalipun tetap merawat seorang pesakit dalam satu masa. Tukang gunting juga belum boleh gunting rambut dengan tangan kanan sambil mencukur janggut pelanggan lain dengan tangan kiri.

Itulah sebabnya mengapa upah jahit baju kurung lebih mahal daripada harga kain itu sendiri sekarang.

Masih ingat cerita Seniman Bujang Lapok? Babak awal ketika mereka bertiga minum kopi di warung? Berapa harga kopi yang dibayar pada masa itu tahun 1959?

keasn kenaikan harga barang dan inflasi apa puncanya
Seniman Bujang Lapok, 1959

Ya, 10 sen secawan. Berapa pula harga kopi sekarang?

Katakanlah paling murah pun seringgit secawan.

Maka harga kopi naik 10 kali ganda berbanding harga ayam kampung yang naik hanya 6 kali ganda. Kenapa?

Kopi yang kita minum di kedai atau restoran telah termasuk kos perkhidmatan dan GST sekarang ini. Kalau bancuh sendiri kopi di rumah, secawan kopi mungkin kosnya hanya 10 sen.

Itulah bijaknya kerajaan mengenakan GST yang berasaskan perkhidmatan kerana mereka tahu, sektor perkhidmatan akan hanya bertambah mahal, lansung meningkatkan sumber pendapatan kerajaan.

Adakah Inflasi Baik atau Tidak?

Lawan kepada inflasi ialah deflasi (deflation), yang bermaksud penurunan harga. Seperti yang dibincangkan di atas, penurunan harga yang baik hanya berlaku jika disebabkan oleh peningkatan kecekapan.

Penurunan harga juga boleh berlaku akibat krisis ekonomi. Pada tahun 1997-1998 harga kereta, hartanah dan saham turun. Saya masih ingat kereta kancil dijual secara bundle RM 10k cash and carry untuk 3 ekor kancil, brand new!

Kebanyakannya masa, kita perlukan sedikit inflasi untuk enjin ekonomi bergerak lancar.

Jika harga rumah pada masa depan akan lebih mahal, maka amat rasional untuk kita beli rumah sekarang.

Apa akan jadi jika semua orang berfikir harga rumah akan lebih murah pada tahun 2020?

Maka secara rasionalnya semua pembeli malahan pemaju akan menangguhkan pembelian dan pembinaan rumah sekarang. Tunggu tahun 2020 baru beli.

Bila ini terjadi akan menyebabkan aktiviti ekonomi yang terlibat dalam sektor perumahan akan mengalami krisis.

Contoh lain ialah seperti harga minyak. Pada masa harga minyak tinggi, pemain industri  minyak berlumba-lumba untuk melabur dan mencari sumber minyak baru dengan harapan harga minyak akan kekal tinggi atau semakin tinggi.

Apabila sebaliknya berlaku sekarang, sektor ini menguncup sehingga hampir 20 ribu dibuang dan hilang pekerjaaan.

Adakah Dengan Tukar Kerajaan Harga Akan Turun?

Pembangkang yang banyak jual idea ini. Kerajaan pula menyalahkan faktor luaran dan bukan bawah kawalan kerajaan apa yang berlaku.

Bagi saya harga naik lebih baik daripada harga turun. Sebab kita tahu harga makin naik, maka kita akan kerja dengan lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah supaya pendapatan kita naik lebih cepat daripada kadar inflasi.

Kalaulah harga barang makin murah daripada tahun ke tahun, tak payahlah kita bersusah payah sangat kerja. Gaji tidak naik pun tidak mengapa.

Tetapi ada hadnya sejauh mana kenaikan harga yang berpatutan. Kadar inflasi negara dalam sekitar 3-4% yang mana ini dalam kadar yang berpatutan.

Ini tidak bermakna saya suka kerajaan yang ada sekarang dan dalam masa yang sama saya setuju dengan janji pembangkang tukar kerajaan harga turun.

Cuma saya ingin bertanya, jika kadar inflasi 3-4%, boleh atau tidak kita tingkatkan pendapatan pada kadar 10% atau 15% atau 100%?

Kita mesti lari lebih laju.

Di Safari Afrika, semua haiwan mesti berlari. Kuda belang kalau tidak berlari akan dimakan singa. Singa kalau tidak berlari akan kelaparan.

Jika lapar, singa tidak boleh menyalahkan kuda belang yang berlari lebih laju jika dia sendiri malas berlari.

Apa yang berlaku sekarang pembangkang harapkan kuda belang datang kepada singa manakala kerajaan menyalahkan kuda belang yang berlari laju. Akhirnya singa menjadi keliru kelaparan.

Singa yang bertaraf menteri kata, ” Kuda belang kini lari lebih laju, langkah-langkah telah diambil untuk memperlahankan kuda belang”.

Satu lagi singa bertaraf menteri berkata ” Jika kuda belang laju, kejarlah tenuk yang lebih perlahan”.

Tiba-tiba ada singa berjanji ” Percayalah, jika kita tukar kepala, kuda belang automatik akan lari lebih perlahan, malah datang melompat kepada kita”

Sound familiar?

Ayuh, rakyat Malaysia teruskan berlari!!!

Wassalam

Adakah Dengan Tukar Kerajaan Harga Akan Turun?
Tagged on:                             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *