Bitcoin suatu yang abstrak. Tidak boleh dipegang, dirasa dan dilihat. Macam benda ghaib tidak berbentuk tapi wujud.

Dalam artikel lepas saya tulis pasal Bitcoinmania, satu jangka masa dimana ilusi, keterujaan kegilaan dan ketaksuban akan apa sahaja pasal Bitcoin di kalangan ramai orang.

Mana tidaknya, minggu lepas semasa artikel itu diterbitkan, tahun ini sahaja harga bitcoin sudah berganda 6 kali mencecah USD 6000. Semalam pecah lagi rekod dengan naik hingga USD 7000.

Gila sungguh! Bukan orang yang beli bitcoin yang gila, tetapi anda dituduh gila kalau tak percaya dengan Bitcoin.

Adakah Bitcoin Matawang?

Untuk sesuatu dikira sebagai matawang, ahli ekonomi mensyaratkan ia perlu memainkan tiga peranan,

  1. Medium of Exchange
  2. Store of Value
  3. Unit of Account

Ringgit, Dollar dan Euro memenuhi ketiga-tiga syarat tetapi tidak Bitcoin.

Bitcoin paling bagus pun hanya boleh jadi medium of exchange untuk urusan jual beli barangan atau perkhidmatan. Ada kedai kopi di Kota Bharu khabarnya menerima Bitcoin sebagai bayaran. Pun begitu belum kedengaran lagi Bitcoin diterima sebagai maskawin atau hantaran.

Tetapi untuk Bitcoin berfungsi sebagai matawang, nilainya perlu stabil dan tidak menjadi subjek spekulasi. Kalau harganya berubah-ubah, amat sukar untuk kedai kopi menetapkan harga secawan teh tarik. Pelanggan pun akan rasa sayang nak bayar guna Bitcoin sebab mengharap harganya akan naik lagi.

Sebagai unit of account untuk mengukur KDNK atau hutang negara umpamanya, Bitcoin masih jauh untuk mengambil peranan Ringgit atau Dollar.

Bitcoin vs Bitcoinmania

Bitcoin adalah satu inovasi kewangan yang muncul selepas krisis ekonomi 2008. Tiada yang seumpanya sebelum ini. Pastinya Bitcoin ada tempatnya dalam dunia kewangan moden hari ini.

Manakala Bitcoinmania adalah satu jangka masa yang sebilangan manusia tidak lagi berpijak di bumi. Pada satu sudut extreme ada yang sampai jual semua harta benda untuk labur dalam Bitcoin.

Jika ini berterusan, Bitcoin akan menyedut banyak duit ke dalamnya dengan menukar harta nyata dengan harta ghaib. Hanya ada finite amount of wealth yang boleh ditukar kepada Bitcoin.

Apabila sampai pada saat itu, manusia akan tersedar dan berebut untuk keluar daripada kebuk peleburan yang lubang keluarnya hanya satu dan sempit.

Sekian dan Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Elias Abllah

 

Adakah Bitcoin Itu Matawang?
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *