Saya menjadi PRS (Private Retirement Scheme) agent di Public Mutual sejak Januari 2016. Skim pelaburan PRS terbuka kepada semua Rakyat Malaysia dan juga warga asing yang berkerja di Malaysia sama ada bekerja di sektor swasta atau awam.

Tidak seperti caruman KWSP yang termaktub, pelaburan ini bersifat sukarela dan jumlah pelaburan terpulang kepada pelabur mengikut kesesuaian masing-masing.

Dalam artikel ini saya akan jelaskan tujuh kelebihan pelaburan PRS berbanding pelaburan lain.

 #1 Pelepasan Cukai

Kita bayar cukai in advance melalui Potongan Cukai Berjadual. Kerap kali dengan memanfaatkan pelepasan cukai kita akan dapat lebihan cukai yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank kita.

Berapa lebihan cukai tuan dan puan tahun lepas?

Dapatkan pelepasan cukai sehingga RM 3000 setahun dengan pelaburan dalam PRS. Setiap tahun bulan April kita akan buat e-filing cukai pendapatan.

Lihat dalam pengiraan di bawah, bergantung kepada tax bracket anda, lebihan cukai yang akan dibayar balik boleh dapat sehingga RM 720.

prs public mutual jimat cukai

Tak susah nak dapatkan pelepasan cukai RM 3000 setahun ini. Anda boleh membuat pelaburan dalam PRS sebanyak RM 250 sebulan melalui direct debit instruction sahaja.

Dengan pulangan sehingga RM 720 dengan pelaburan RM 3000, secara mudah kira Return On Investment ialah 720/3000 = 24%

#2 Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive

Dalam pembentangan Bajet 2017 Perdana Menteri umumkan insentif RM1000 seorang bagi warganegara Malaysia yang berumur 20 hingga 30 tahun.

Ini bagi menggalakkan golongan muda menyimpan untuk masa depan.

Syarat untuk dapat RM 1000 ni ialah remaja mesti meyimpan RM 1000 ke dalam Private Retirement Scheme (PRS). Simpan duit sendiri RM 1000, kerajaan akan topup bagi RM 1000 lagi. Total jadi RM 2000.

PRS ni macam kwsp, simpanan persaraan. Duit RM 2000 tu akan beranak pinak sebab dapat dividen dan masa pencen baru boleh keluarkan.

Kalau terus dilaburkan sehingga umur 55 tahun, pada kadar 10% setahun, RM 2000 ini akan berganda menjadi

Klik Financial Calculator untuk kira sendiri.

Hanya sekali sahaja untuk seumur hidup. Insentif ini akan tamat pada tahun 2018 atau sebelum anda menyambut hari jadi yang ke 31 tahun. Umur ikut tarikh lahir, bukan ikut tahun.

Jangan lepaskan peluang ini!

#3 Takaful Percuma untuk pelabur PRS

Ada dana PRS yang memberi takaful percuma dengan had perlindungan mengikut jumlah pelaburan. Contohnya jika tuan/puan melabur sebanyak RM 10,000, andai kata tuan/puan meninggal atau hilang upaya, maka disamping jumlah pelaburan yang sedia ada, tuan puan atau waris akan diberi RM 10,000 lagi sebagai pampasan.

Berbeza dengan pelaburan dalam Tabung Haji atau ASB dimana jika perkara sama berlaku ke atas tuan/puan, maka tuan/puan atau waris hanya akan dapat jumlah pelaburan sahaja, tanpa ada manfaat takaful.

#4 PRS lebih fleksi

Pelaburan dalam Tabung Haji atau ASB misalnya bersifat ‘one fit for all’. Pelabur terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan memerlukan ‘risk-reward profile’ yang berbeza.

Contohnya, pelabur berumur 20 tahun mempunyai jangka masa pelaburan yang amat panjang berbanding dengan pelabur yang berumur 50 tahun.

Untuk tempoh masa pelaburan yang lebih panjang, pelabur sepatutnya ditawarkan untuk pelaburan yang lebih aggresif untuk pulangan yang lebih tinggi.

Manakala untuk para pesara, mereka lebih sesuai dengan Tabung Haji kerana dana ini bersifat conservatif tetapi pulangan yang lebih rendah

PRS menyediakan tiga jenis ‘core fund’. Growth, Moderate dan Conservative. Para pelabur boleh memilih dana mana yang sesuai dengan mereka.

Pelabur juga boleh menukar jenis dana seiring dengan pertambahan umur. Makin hampir dengan usia persaraan, makin banyak pelaburan dalam dana yang conservative.

#5 Mendapat Kesetian Pekerja

Para majikan boleh pilih untuk menyumbang ke dalam PRS pekerja sebagai ganjaran kecermerlangan dan dalam masa yang sama mendapat kesetian pekerja yang cemerlang.

Pilihan yang biasa ialah dengan memberikan bonus. Banyak kali berlaku pekerja meletak jawatan sejurus duit bonus sudah masuk.

Saya dapati banyak pekerja mahir atau expatriate yang bergaji lumayan diberikan bonus melalui PRS.

Caranya ialah melalui ‘Vesting Schedule’

prs public mutual unit trust vesting

Contohnya, majikan menyumbang sebanyak RM50,000 setahun ke dalam PRS pekerja bernama Mike daripada Jerman.

Maka untuk ulangtahun pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima jumlah sumbangan terkumpul adalah masing-masing RM 50k, RM 100k, RM 150k, RM 200k dan RM 250k.

Jika dia balik Jerman pada tahun kelima maka dia boleh bawak balik sebanyak 100% daripada RM 250K.

Jika selepas tahun kedua dia nak balik Jerman maka dia hanya boleh bawa balik 50% daripada RM150k = RM 75k sahaja.

Oleh itu lebih baik Mike tunggu sahaja sehingga tahun kelima.

Hal ini juga terpakai untuk pekerja tempatan. Tujuannya ialah untuk pekerja cemerlang kekal setia dengan majikannya.

#6 Skim Pelaburan PRS Telus

Pelaburan dalam PRS adalah telus di mana maklumat-maklumat berikut di dedahkan;

  • Semua kos dan cas yag terlibat
  • Mandat pelaburan yang jelas meliputi objektf pelaburan, strategy, had pelaburan yang dibenarkan dan pembahagian aset pelaburan.
  • Prestasi dana
  • Terbitan Laporan Tahunan

#7 Portability

Bermaksud pelabur PRS boleh menukar syarikat unit amanah yang mereka suka. Contohnya Ali melabur dalam syarikat unit amanah B, selepas setahun dia lebih berminat dengan syarikat unit amanah B, maka Ali boleh sahaja memindahkan pelaburan asal dalam B kepada A.

Ini tidak terdapat dalam skim unit trust yang mana pelaburan tidak boleh dipindahkan secara terus kepada syarikat unit trust yang lain.

prs public mutual pelaburan retirement

Adakah pelaburan PRS ini selamat?

Satu daripada soalan lazim daripada orang ramai ialah, “Adakah pelaburan PRS ini selamat?” Ini adalah soalan yang perlu dijawab kerana ia membabitkan langkah bagi memastikan dana persaraan akan memenuhi penggantian pendapatan apabila seseorang bersara.

PRS direka bentuk untuk memastikan keyakinan dan kebimbangan orang ramai terhadap perlindungan dana persaraan berjangka panjang mereka ditangani secara teratur dan secukupnya.

Struktur tadbir urus risiko pelbagai tahap telah dilaksanakan bagi memastikan perlindungan yang mencukupi dan sewajarnya terhadap kepentingan ahli dengan pembahagian peranan dan tanggungjawab yang rapi serta teratur untuk semua pihak utama yang terlibat.

Rangka kerja peraturan tersebut membentuk asas bagi memberikan keyakinan kepada orang ramai dan melindungi dana PRS.

PRS masih baru dan banyak lagi yang perlu ditulis. Untuk itu sila subscribe untuk maklumat lebih lanjut.

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

sumber :

  1. LHDN
  2. Dato’ Steve Ong, CEO Pentadbir Pencen Swasta (PPA), pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS)
7 Sebab Kenapa Saya Membuat Pelaburan dalam PRS
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *