Saya lulus unit trust exam dengan Public Mutual pada tahun 2005. Pada masa itu exam belum lagi dalam format Computerized Unit Trust Exam (CUTE) seperti sekarang. Guna OMR form je.

Sebelum full time, saya bermula sebagai part time agent sahaja. Niat saya pada masa itu cukuplah boleh tampung bayar kereta disamping boleh belajar ilmu pelaburan melalui latihan yang disediakan oleh Public Mutual. Client pula di kalangan kawan-kawan sekerja di Petronas dan UTP.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki-Nya, ingin pula saya berkongsi 7 kelebihan jadi unit trust agent khususnya di Public Mutual.

#1 Jenama No 1 Yang Dipercayai

Public Mutual kekal jenama no 1 pilihan rakyat Malaysia sehingga hari ini.  Graf di bawah menggambarkan perbezaan Public Mutual dengan syarikat unit trust lain.

Dalam persaingan perniagaan, penjenamaan atau branding yang  kuat memberi kelebihan untuk mudah diterima oleh orang ramai.

Dan kedudukan No 1 tidak akan tercapai jika prestasi dan mutu produk tidak memuaskan hati. Apatah lagi jika melibatkan wang ringgit hasil titik peluh sendiri. Tentulah risiko tersalah pilih jenama ubat gigi tidak setinggi risiko tersalah pilih jenama unit trust.

Ini dibuktikan dengan 284 Awards yang dimenangi oleh Public Mutual sepanjang 40 tahun penubuhannya.

Oleh itu, dengan memilih jadi agent unit trust di Public Mutual yang dikenali ramai, kerja anda untuk mengajak kawan-kawan atau sesiapa sahaja menjadi amat mudah.

#2 Peluang Latihan dan Kerjaya Jangka Panjang

Apakah career growth opportunity di syarikat yang anda bekerja sekarang? Di manakah anda lima tahun akan datang dan apa yang anda hilang jika tiada perbezaan yang nyata nanti?

Sebagai agent unit trust di Public Mutual, setiap langkah akan dibimbing. Daripada sebagai agent biasa (UTC), Agency Supervisor (AS), Agency Manager (AM) dan hinggalah menjadi Group Agency Manager (GAM).

Kami merumuskan satu Success Roadmap seperti di dalam gambar di bawah untuk membantu anda dalam career anda di sini.Ringkasnya, program latihan di Public Mutual meliputi 4 aspek penting untuk melengkapkan seseorang agent menjadi agent yang berjaya.

Asas

Ini untuk membekalkan ilmu asas mengenai produk kewangan, procedure dan best practices untuk memulakan kerjaya sebagai agent unit trust

Sales

Skill ini amat penting tidak kiralah sama ada anda dalam bidang jualan atau apa sahaja bidang yang diusahakan. Jika anda buka perniagaan, tiada sales maka tiadalah duit untuk bayar gaji pekerja dan membayar overhead cost. Malah, sebagai Perdana Menteri pun, skill ini diperlukan untuk menyakinkan rakyat mengundinya lagi.

Leadership & Management 

Tahun 2016 sahaja saya recruit sebanyak 26 orang agent baru. Dengan agensi yang makin besar saya memerlukan satu sistem pengurusan agensi yang berkesan.

Banyak yang saya belajar di Public Mutual bagaimana untuk membangunkan agensi yang berpengaruh melalui program seperti Master Builder Agency yang mengambil masa 5 bulan.

Financial Planning

Saya seperti anda juga zero dalam bidang financial planning suatu ketika dulu. Pelbagai kesilapan pelaburan menyebabkan saya mendalami cabang ilmu ini sehinggalah saya lulus dalam semua module Islamic Financial Planning (IFP) pada tahun 2011.

Yuran kecerdikan ini menelan belanja sebanyak hampir RM 10,000 dan memakan masa dua tahun. Ini tidak termasuk kos minyak dan tol berulang alik sepanjang tempoh itu juga.

Kini saya dapati, Public Mutual sudah membangunkan program latihan seumpama ini untuk semua agentnya. Lebih menarik, yuran untuk satu module hanyalah RM 25 (tak termasuk GST) sahaja berbanding RM 1500 satu module dengan IFP.

Walaupun kandungannya tidak sedalam IFP, tetapi sekadar untuk memahami asas financial planning ianya sudah memadai.

#3 Menjadi Pelabur Yang Lebih Baik

Ketam tidak akan dapat mengajar anaknya berjalan lurus. Sebelum membantu pelabur menguruskan duit mereka, bantu diri sendiri menjadi pengurus kewangan peribadi yang bijak. Dan jika kita sendiri sudah nampak hasil dalam pelaburan unit trust, maka kita tidak ada was-was lagi untuk mencadangkan kepada bakal pelabur kita pula.

Anda bukan cakap kosong tapi betul-betul walk the talk.

Image courtesy of suphakit73 at FreeDigitalPhotos.net

Pemahaman anda dalam bidang financial planning bukan sahaja menjadikan anda pelabur unit trust yang lebih baik bahkan juga menjadikan anda pelabur hartanah, emas dan saham yang lebih bijak. Juga membantu anda memilih produk takaful yang terbaik untuk anda. Seterusnya anda bantu pula orang lain dengan ilmu ini.

Tidakkah ini akan menambah nilai kepada diri anda dan juga kepada orang sekeliling anda melalui khidmat nasihat anda yang tepat?

Dengan latihan yang diberikan dan pengalaman menemui pelbagai latar belakang manusia akan menjadikan anda pelabur yang bijak dan matang. Ini menjadikan anda mudah untuk didekati dan kawan-kawan pun tidak segan memperkenalkan anda kepada orang lain pula.

#4 Kebebasan Masa

Kebebasan masa di sini bermaksud, kita bebas merancang waktu kerja kita sendiri dan bukannya goyang kaki dapat duit. Bagi saya tiada istilah goyang kaki kalau kita suka dengan kerja kita dan buat kerja yang kita suka.

Apabila kita suka dengan kerja kita, kualiti kerja akan berada pada tahap terbaik hasil daripada dedikasi dan perancangan masa yang baik.

Contohnya, selepas hantarkan anak-anak saya ke sekolah, saya akan mula bekerja dari rumah bermula pukul 8 hingga pukul 10 pagi. Buat call dan set appointment. Malam sebelumnya saya sudah siapkan borang-borang pelaburan KWSP dan pelaburan tunai untuk dihantar siangnya nanti.

Dalam pukul 1030, setelah jalan raya kurang sesak, saya akan mula bersiap untuk appointment tengah hari, selepas itu saya singgah di cawangan Public Mutual yang terdekat untuk submit skim pelaburan ahli KWSP. Solat dan lelapkan mata sekejap, kemudiannya bersiap untuk appointment petang selepas waktu pejabat.

Kalau tiada appointment dengan client, saya set coaching session untuk agent baru atau join appointment mereka. Atau saya update blog dan pergi jogging time orang bersesak pergi atau balik kerja.

Itu sayalah yang dah full time dengan Public Mutual. Bagaimana yang buat secara part time? Kalau part time, anda hanya bebas di luar waktu kerja sahaja. Jangan pula buat Public Mutual dalam waktu kerja.

Waktu kerja, kerjalah sehabis baik. Tidak kurang dengan rakan kerja lain. Reputasi anda di tempat kerja sama pentingnya reputasi anda sebagai agent unit trust.

Kalau masuk kerja pukul 8 pagi, anda masih bebas datang seawal pukul 7 pagi. Anda ada masa sejam untuk buat call dan set appointment seperti saya buat. Dan sempat pula solat Dhuha lagi sebelum masuk office pukul 8.

Pada waktu rehat tengah hari, anda bebas untuk jumpa client yang anda sudah set appointment di waktu paginya. Kemudiannya setelah habis waktu pejabat, anda juga bebas untuk jumpa seorang lagi client.

Buat seperti ini terus menerus selama setahun, insyaAllah anda boleh join saya jogging pukul 8 pagi dan sarapan roti canai selepasnya.

Tak kisahlah apa yang anda nak buat, yang penting masa anda bukan hak bos anda lagi.

#5 Tiada Bos

Dulu masa kerja di Petronas Carigali, saya suka bos saya… bila dia luluskan cuti saya lah. Kadang-kadang cuti dah lulus pun boleh dibatalkan dan terpaksa masuk ofis.

Sekarang saya yang approved cuti saya sendiri dan saya jugalah yang batalkan cuti saya.

Bukan semua bos kita tak suka. Ada juga bos yang kita hormati dan saya sendiri terhutang budi atas tunjuk ajar dan bimbingan daripada bos-bos lama saya dulu.

Di Public Mutual, kitalah bos kita sendiri. Kita bergerak seperti seorang usahawan, yang bertanggungjawab atas setiap apa tindakan kita. Kita bebas menentukan apa dan berapa yang kita nak dalam kerjaya ini.

Pun begitu, tidak semua orang sesuai jadi bos sendiri. Bila jadi bos sendiri tiada siapa yang akan marah kalau anda tak buat kerja. Kalaupun anda bangun lambat setiap hari tiada siapa yang kisah.

Oleh itu, sebelum jadi bos sendiri, jadilah pekerja yang baik. Kalau ada bos yang baik, belajar disiplin kerja dan perhatikan bagaimana bos anda memainkan peranan sebagai pemimpin.

Kalau dapat bos yang tak baik, belajar supaya jangan buat hal yang sama bila anda jadi pemimpin di Public Mutual pula. Kerana, dengannya anda akan dapat menjadi bos sendiri yang lebih baik.

#6 Kenaikan Pangkat Automatik

Kenaikan pangkat di Public Mutual adalah automatik setelah quota jualan dicapai. Contohnya daripada UTC ke Agency Supervisor (AS), quota yang perlu dicapai ialah RM 500k dan menghadiri dua kursus wajib untuk AS

Quota ini boleh dicapai dalam masa setahun, 6 bulan atau sebulan pun tidak mustahil. Bila anda capai sahaja target ini, bulan berikutnya anda sudah naik pangkat.

Anda tidak perlu tunggu kekosongan jawatan untuk naik pangkat atau mengharapkan bos anda pindah, berhenti atau meninggal.

#7 Boleh Diwarisi Kepada Anak

Di Petronas dulu, saya amat mengkagumi Tan Sri Hassan Marican dan Tun Azizan Zainul Abidin. Kedua-dua tiada lagi di Petronas. Tan Sri Hassan sekarang menjadi Chairman di Pavillion Energy di Singapura dan Tun Azizan sudah menemui penciptanya.

Walaupun kedua-dua tokoh ini meninggalkan legasi atas usaha dan buah fikiran, mereka tidak dapat wariskan pangkat dan jawatan kepada anak-anak.

Berbeza jika anda membina empayar di Public Mutual.

Public Mutual sudahpun melangkau 30 tahun usianya. Agent pun sudah ramai yang di usia emas. Ada yang sudah rancang siapa bakal ambil alih empayar mereka. Dan ada juga yang sudah meninggal dunia yang mana legasinya diteruskan oleh anak-anak pula.

Image courtesy of worradmu at FreeDigitalPhotos.net

Langkah Seterusnya

Cara nak jadi agen atau perunding unit amanah amat mudah sekarang! Sesiapa sahaja rakyat Malaysia atau warga asing yang menetap di Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas dan lulus dalam exam unit amanah layak untuk jadi agen unit trust.

 

Apa yang perlu anda lakukan:

1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan IC
  • Gambar Passport – 4 keping
  • Sijil SPM atau Diploma atau Degree

2. Hubungi saya Elias di 0127176903 (whatapps sahaja)

Nota:

Yuran exam dan kursus hanya RM265. Jika semua dukumen sudah lengkap, saya seterusnya akan membantu anda untuk mendapatkan tarikh peperiksaan. Tutorial akan diberikan berdasarkan soalan tahun-tahun yang lalu.

Anda juga dikehendaki menjalani dua kursus. Setiap kursus mengambil masa selama 8 jam.

Kemudian anda akan masuk peperiksaan selama dua jam. Apabila anda telah lulus peperiksaan, anda akan secara rasmi menjadi Perunding Unit Amanah berlesen, di bawah FIMM dan Public Mutual. Lesen untuk mempromosikan unit trust Public Mutual.

Elias Abllah, Personal Finance

Daftar Sekarang!

7 Kelebihan Jadi Agent Unit Trust

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *