Nama saya Aisyah, seorang Ejen Unit Trust di Public Mutual. Mari saya cerita kan sebab dan alasan kenapa anda perlu bersama-sama saya di Public Mutual sama ada part time atau full time.

  • Pendapatan tanpa had
  • Boleh meningkatkan keyakinan diri
  • Usaha anda lebih dihargai
  • Pekerjaan yang santai
  • Pekerjaan yang membantu orang
  • Dikelilingi oleh positif dan ingin Berjaya

Sebelum itu, ikuti cerita saya bagaimana saya boleh jadi ejen unit trust.

Saya berlatarbelakangkan teknikal dan kelulusan tertinggi saya adalah Masters dalam Kejuruteraan Awam. Saya pernah sambung ke peringkat Phd namun atas tuntutan untuk berada lebih dekat dengan ibu bapa, terpaksa saya tangguhkan hasrat murni ini.

Kerja hakiki terkini saya adalah seorang Jurutera di sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) disamping juga sebagai ejen unit trust secara part time.

Turning Point

Selepas sahaja grad universiti dan mendapat kerja yang baik, saya rasa masa depan saya akan makin cerah. Saya percaya, semua graduan pun begitu juga .

Namun, sesuatu yang besar terjadi dalam saya sedang melangkah maju untuk terus mencipta kejayaan dalam kerjaya. Diwaktu saya agak selesa dengan kedudukan dan kerjaya saya dan lagi-lagi mendapat kepercayaan bos, saya diuji dengan berita penamatan kerja tanpa alasan munasabah secara tiba-tiba.

Sebagai ganti, saya kemudiannya ditawarkan dengan jawatan yang jauh lebih rendah, di bawah kemahiran sebenar saya serta menjatuhkan maruah dan diketika yang sama saya kehilangan orang kesayangan.

Sudahlah terhukum tanpa pembelaan, perit ditambah rencah dengan fitnah pula. Mati akal untuk berfikir, segalanya berlaku serentak dalam keadaan yang sempit sangat memerlukan duit kerana pengurusan kewangan saya ketika itu agak tidak terkawal.

Sungguh bagai jatuh ditimpa tangga segalanya datang bertubi-tubi dan saya hilang arah, hilang keyakinan diri, hilang tempat bergantung harap. Sudahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula keciciran.

Saya membawa diri bersama duka yang belum terubat ke sebuah company yang baru. Alhamdulillah walaupun tidak terlalu gah tapi mereka menerima keberadaan saya dengan seadanya. Diketika itulah saya berazam untuk tidak lagi bergantung kepada hanya satu pekerjaan.

Saya percaya ada hikmah tersembunyi disebalik setiap ujian dan inilah turning point yang mengubah 360 darjah cara saya berfikir. Sebagai muslim perlu ada kepercayaan Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba Nya diluar kemampuan hamba Nya. Jika kalian jatuh, jangan bersedih, bangkitlah kembali kerana Allah sentiasa ada bersama.

Public Mutual Tempat Terbaik

Permulaan saya cebur bidang bersama Public Mutual bukanlah pada hakikatnya untuk mencari income semata-mata tetapi lebih kepada mencari sesuatu yang baru untuk menjelmakan kembali keyakinan, semangat dan kepercayaan kepada diri sendiri.

Akan tetapi makin lama saya bersama Public Mutual semakin jelas bahawa disinilah tempat terbaik untuk saya jana pendapatan yang lumayan.

Kenapa Saya Memilih Public Mutual?

Setahun saya membuat bacaan tentang teknik pelaburan dan bagaimana untuk tambah pendapatan sampingan. Macam-macam cara saya cuba dengan mengeluarkan pelbagai idea perniagaan dan menyertai program-program atau kursus-kursus untuk memantapkan ilmu perniagaan.

Namun, kadang-kadang penat dan putus asa menghantui saya kerana saya tiada masa kerana terikat dengan pekerjaan hakiki sehinggalah saya kembali untuk duduk di depan laptop mengarang kembali proposal untuk berusaha mendapatkan geran PhD sebagaimana landasan asal saya sewaktu belajar dulu.

Alhamdulillah, setelah membuat beberapa perbandingan dan mempertimbangkan beberapa perkara lagi-lagi berkaitan masa, hari yang berkat bersamaan 1 Ramadan saya dipertemukan dengan Elias Abllah, seorang bekas pensyarah kejuruteraan petroleum di Herriot Watt University.

Beliau lah menarik saya untuk bersama Public Mutual dan saya ambil sebagai satu cabaran baru walaupun ianya suatu bidang yang berlainan dengan kerjaya kini. Dan sudah tentu tidak boleh dinafikan kerana kepercayaan saya kepada Public Mutual sebagai syarikat unit amanah swasta no 1 di Malaysia, tanpa diragui lagi.

Di Public Mutual saya lebih dihargai apabila kudrat dan usaha saya sentiasa disambut baik oleh staff-staff Public Mutual yang baik dan rakan-rakan perunding yang lain samada dalam team saya sendiri atau tidak.

Di sini juga saya lebih mudah untuk mendapatkan maklumat-maklumat atau fakta terkini berkaitan perkembangan ekonomi semasa dan kami dibekalkan dengan pelbagai kursus atau kelas yang boleh memantapkan lagi skill saya sebagai ejen unit trust.

Cabaran

Menjadi seorang ejen unit trust part timer bukanlah semudah macam makan milo ais kepal viral. Cabaran terbesar saya adalah untuk menguruskan masa. Jika masa tidak terurus dengan betul saya tidak berpeluang bertemu dengan client saya dan sudah tentu sale saya akan drop.

Tapi itu semua bukan mematahkan semangat saya kerana pekerjaan ini bukanlah terikat dengan masa. Saya masih ada masa ketika rehat tengahari, lepas office hour, atau hujung minggu untuk memberi khidmat kepada client-client saya.

Cabaran lain bilamana appointment telah dibuat ada juga yang tiba-tiba membatalkan, ada kadang-kadang hilang tanpa dapat dikesan dan ada juga pernah mengeluarkan kata-kata kesat.

Tapi itu semua asam garam dalam perniagaan dan saya anggapkan itu cabaran tepi yang tidak pernah memudarkan semangat saya.

Kerana dalam diri saya tetap ada jihad untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada orang ramai terutama golongan muda disamping berhabis duit berjalan sakan, shopping tanpa keperluan, makan tempat-tempat hipster sehingga terpaksa berhutang.

Mereka ini perlu ada simpanan untuk waktu  kecemasan dan di hari tua agar nanti tidak menangis di kemudian hari.

Kenapa Anda Perlu Bersama Saya?

Sepertimana saya ceritakan kisah saya di atas, apa yang saya tekankan perlulah ada pekerjaan ‘back up’ supaya tidak terus lumpuh untuk tempoh yang terlalu lama.

Tengok sahaja apa pernah berlaku kepada syarikat besar seperti Petronas dan MAS sebelum ini memberhentikan pekerja mereka dengan jumlah yang agak ramai dan cuba bayangkan anda berada dalam situasi itu, hilang pekerjaan secara tiba-tiba dengan pelbagai komitmen.

Sebaik mana pun kita bekerja, kita tetap berstatus sebagai pekerja kepada bos kita. Jika nasib tidak menyebelahi kita, kita sering akan dipersalahkan atas kerja kita dan mungkin lagi teruk dibuang kerja seperti pengalaman saya sebelum ini walaupun memberi khidmat kerja terbaik.

Saya mengambil masa setahun untuk kembali bernafas dan setahun berikutnya untuk kembali merancang sebelum menemui bidang ini.

Saya merasakan masa saya banyak terbuang ketika itu dan saya tidak akan biarkan pisang berbuah dua kali kerana perit itu hanya yang melaluinya sahaja yang tahu sakitnya.

Itulah cerita saya. Ok jom saya ceritakan pula sebab dan alasan kenapa anda perlu bersama-sama saya di Public Mutual:

#1 Pendapatan tanpa limit.

Mungkin ramai yang tidak tahu yang kami disini boleh mendapat income sehingga 6 angka sebulan. Seperkara yang agak menarik adalah kami dapat duit pencen setiap bulan walaupun belum pencen.

Duit pencen ini atau kami panggil CB (Career Banefit) merupakan passif income yang kalau tidak bekerja pun tetap masuk.

#2 Boleh meningkatkan keyakinan diri.

Banyak juga saya jumpa kisah dahulunya seorang suri rumah, seorang yang hutang keliling pinggan, seorang introvert yang rata-rata kebanyakkan telah hilang keyakinan diri dek kerana persekitaran tetap boleh berjaya di sini.

Dan seperti yang saya ceritakan, saya juga pernah hilang yakin diri kerana masalah menghimpit. Tetapi di Public Mutual ada ubatnya dan Alhamdulillah saya dapat kembali bina keyakinan diri saya lagi-lagi ketika berdepan dengan client-client VIP.

#3 Usaha anda lebih dihargai.

Setiap usaha keringat anda sentiasa dihargai dan salah satu yang seronok bila setiap tahun kami akan ditawarkan trip percuma melancong ke luar Negara berdasarkan pencapaian tahunan. Percuma kan, siapa tak mahu.

Setiap tahun juga Public Mutual akan memberi penganugerahan kepada para perunding yang cemerlang sepanjang tahun. Percayalah, anda lebih dihargai dan kepuasan itu tak dapat dibeli tapi dapat dirasai bagi mereka yang bersama kami.

#4 Pekerjaan yang santai.

Jika diberi peluang dimasa hadapan saya mungkin akan memilih kerjaya ini sebagai kerjaya utama saya kelak kerana ianya pekerjaan yang bersahaja dan tidak terikat dengan masa. Sudah tentu itulah impian setiap orang.

Apa yang saya maksudkan santai adalah saya tiada bos kerana saya bos kepada diri sendiri dan tiada orang boleh pecat saya. Saya juga bebas bergerak dan merancang kerana selagi banyak aktiviti yang dilakukan selagi itu sale saya akan meningkat dan semuanya atas usaha kita.

Kerjanya dimana-mana sahaja boleh dilakukan samada di rumah, dalam kereta, kedai makan, di pejabat, ketika membeli belah, ketika travel dan di mana-mana tempat saya berada tanpa ada tekanan. Senorokkan??

 #5 Pekerjaan yang membantu orang.

Yang ni antara part yang saya suka sangat sebab apa? Sebab saya boleh bantu orang dari segi menyampaikan maklumat atau membantu mereka dari segi menggandakan lagi simpanan.

Dan saya juga seronok sekiranya saya juga boleh bantu untuk mereka yang ingin tambahkan pendapatan dan berusaha untuk berjaya. Adakah anda sebahagiannya?

#6 Dikelilingi oleh positif dan ingin Berjaya.

Saya belum jumpa lagi bidang yang kebanyakkan dikelilingi oleh orang-orang positif dan ingin sama-sama berjaya kecuali di sini. Satu perubahan yang cukup ketara apabila saya diajar untuk sentiasa positif dan hasilnya sangat membahagiakan.

Oleh itu, saya mengajak anda semua yang berminat untuk sama-sama mencari pendapatan yang tanpa limit dan tidak terikat dengan masa samaada secara part time atau full time. Katakan boleh, anda pasti boleh lakukannya.

Tidak kira latar belakang apa sekali pun dan di mana sahaja anda berada baik di utara, selatan, timur atau barat ayuh bersama-sama kami di bawah Agensi Saff Associates dan bina kerjaya yang cemerlang anda di sini. Percayalah, tiada siapa dapat mengubah diri anda kecuali diri anda sendiri. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti berhasil.

Jika anda tak sabar lagi dengan beban kos sara hidup dan ingin membina kerjaya dengan modal rendah, anda boleh mulakan secara part time seperti saya.

Whatsapp/Call/SMS saya di,

013-759 7971

Aisyah Ismail

Atau

Isikan dan submit form di bawah untuk saya contact kembali. Nak letak nama suami, isteri atau adik beradik yang masih cari kerja pun boleh.

6 Sebab Jadi Ejen Unit Trust Public Mutual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *