Tahukah anda di manakah wang yang anda serahkan kepada pengurus dana unit trust dilaburkan? Sebagai pelabur yang bijak anda perlu ambil tahu adakah wang anda dilaburkan ditempat yang kukuh dan berdaya maju.

Inilah lima saham piliha utama pengurus dana dalam salah satu unit trust yang saya labur melalui skim pelaburan ahli KWSP dan juga cash. Apa nama dana, saya rahsiakan.

#1 TENAGA NASIONAL

#2 SIME DARBY

#3 DIGI

#4 AXIATA

#5 IHH

Selagi masih ada orang guna elektrik, guna smartphone, beli rumah, guna minyak menggoreng dan ada yang sakit memerlukan rawatan, saya yakin pelaburan saya dalam unit trust ini tidak akan hilang modal.

Lainlah, kalau dana ini melabur dalam syarikat yang agak mencurigakan seperti IRIS, TH Energy, FGV dan seumpamanya.

Satu unit saham amanah = satu harta

Jumlah unit-unit saham amanah yang anda miliki, bukanlah sekadar nombor. Setiap unit mewakili peratusan kecil pemilikan saham di Bursa Saham.

Ia adalah harta

Kebanyakan unit amanah berharga bawah 30 sen seunit. Dan inilah harta yang paling mampu untuk anda miliki.

Sekian, wassalam

Elias Abllah, Personal Finance

0127176903

5 Saham Utama Pilihan Pengurus Dana Unit Trust
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *