Selain individu, syarikat kecil atau besar, koperasi, persatuan, masjid dan kelab juga boleh melabur di dalam unit amanah. Kelebihan pelaburan dalam unit amanah untuk ketegori tersebut;

  1. Pengecualian cukai
  2. Switching fee waiver (18 times)
  3. Pelaburan yang flexible tanpa caj
  4. Mudah Tunai
  5. Boleh dicagarkan untuk kemudahan Bank Draft

Apakah pilihan yang ada apabila syarikat menjana keuntungan? Secara amnya terbahagi kepada 3

  • Perbelanjaan untuk pengurusan aset sedia ada
  • Dividen
  • Reinvestment

Perbelanjaan pertama adalah untuk memastikan aset syarikat yang sedia ada diselia dengan baik. Kedua, dividen adalah pulangan kepada pelabur. Ketiga, reinvestment ialah pelaburan dalam aset baru untuk pertumbuhan masa depan.

Pelaburan dalam aset baru boleh menjana keuntungan yang tinggi dan juga mungkin membawa kerugian. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, tidak banyak peluang baru yang viable. Maka ada syarikat menyimpan cash yang banyak.

Namun cash tidak membawa keuntungan dan akan susut nilai akibat inflasi. Cara lain ialah mencari pelaburan dalam bentuk paper asset yang memberi asses mudah kepada pelaburan dalam dan luar negara.

Contohnya, syarikat boleh memilih untuk melabur dalam dana luar negara seperti Indonesia, Jepun atau Singapura.

Mari kita perincikan kelebihan khas untuk pelabur korporat, koperasi dan persatuan di dalam unit amanah.

#1 Pengecualian Cukai

Keuntungan daripada pelaburan unit amanah dikecualikan daripada cukai. Manakala dividen atau interest daripada fix deposit akan dikenakan 25% cukai.

Sebagai contoh, syarikat senaraian awam Brahim’s Holdings Berhad mempunyai simpanan fix deposit sebanyak RM 16 juta seperti di dalam interim report  30 Jun 2016.

 

can-corporate-invest-in-unit-trust

Saya tidaklah mencadangkan semua RM 16 juta ini dilaburkan ke dalam unit amanah jenis equiti. Duit ini boleh dilaburkan dengan dana yang match dengan risk and reward fix deposit. Dana yang match dengan fix deposit ialah dana jenis money market fund. Contohnya Public e-Islamic Cash Deposit Fund.

Jadual di bawah menunjukkan penjimatan cukai sebanyak RM 120,000 jika memilih untuk melabur ke dalam money market fund. Untuk makluman, tiada caj jualan untuk dana jenis ini. Ya, 0% caj.saving-on-corporate-investment-in-unit-trust#2 Switching Fee Waiver (18 times)

Switching bermaksud bertukar jenis dana. Contohnya daripada dana cash kepada dana equiti. Tidak ada switching fee dikenakan untuk pelabur corporate sebanyak 18 kali setahun.

Namun, caj jualan akan dikenakan untuk pertama kali switching daripada dana money market kepada dana equiti. Switching yang seterusnya antara mana-mana dana tidak akan dikenakan caj jualan lagi.

#3 Pelaburan Yang Fleksi Tanpa Ada Caj

Kelebihan switching fee waiver memudahkan syarikat untuk mengambil peluang pelaburan jika peluang muncul. Berbanding dengan fix deposit yang ada tempoh matang. Pengeluaran sebelum tempohnya akan dikenakan caj dan keuntungan aka berkurangan.

#4 Mudah Tunai

Ini juga bermakna pelaburan dalam unit amanah juga amat mudah untuk cash out pada bila-bila masa. Jumlah yang boleh dikeluarkan terpulang kepada keperluan. Sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian sahaja.

#5 Boleh Dicagarkan Untuk Kemudahan Overdraft/Pinjaman

Jika syarikat memilih untuk melabur dalam dana jenis equiti, maka harus difahami bahawa pelaburan dalam dana ini memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun untuk membuahkan hasil yang baik. Lagi lama lagi baik.

Namun keperluan tunai syarikat tidak dapat dijangka dengan tepat. Seandainya syarikat memerlukan tunai, pilihan yang lebih baik daripada mengeluarkan pelaburan ialah dengan menyandarkan(as collateral) Unit Amanah kepada bank untuk kemudahan pinjaman.

Layanan VIP

Selain itu, para pelabur akan dijemput untuk menghadiri seminar pelaburan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur berinteraksi dengan pengurus dana.

Pelabur juga akan dapat penyata akaun pelaburan secara bulanan. Selain itu, majalah percuma, analisis ekonomi dan pasaran semasa juga akan diberikan kepada pelabur.

Perkhidmatan Tambah Nilai

Kursus pengurusan kewangan kepada kakitangan adalah suatu nilai tambah yang boleh diberikan kepada syarikat korporat. Ahli persatuan dan ahli kariah masjid juga boleh mendapat manfaat daripada kursus seumpamanya.

Ini penting untuk memberikan pengetahuan dan tunjuk cara bagaimana menguruskan kewangan dengan baik. Saya percaya, kakitangan yang tidak dibebani dengan masalah kewangan akan berkerja dengan lebih produktif

Tentunya ini juga memberikan reputasi yang positif kepada pihak pengurusan dan tuan sebagai CEO.

Sekian,

Elias Abllah, Personal Finance.

Daftar untuk maklumat lanjut

5 Kelebihan Pelaburan Untuk Korporat, Koperasi dan Persatuan
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *